April 19, 2024

Majlis Pratonton Dan Sidang Media Filem “Salam Cinta”


Bro telah dijemput ke malam pra-tonton filem terbaru terbitan Metrowealth berjudul “Salam Cinta” yang diadakan di TGV Sunway Pyramid.

Filem Salam Cinta diarahkan oleh Azhari Mohd Zain, yang diterajui oleh Kamal Adli dan juga Diana Amir. Turut menampilkan Mon Ryanti, Abdul Razak Ahmad, Fyza Kadir, Kay Maria dan Syuk Balas.

Sinopsis Filem Salam Cinta

Ia mengisahkan mengenai Amirul, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal–hal agama.

Shuib (lakonan Syuk Balas) merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz.

Amirul yang pada mulanya ralat untuk menerima tawaran tersebut akhirnya terpaksa bersetuju selepas diyakinkan oleh Shuib namun Amirul mendesak mahukan khidmat nasihat seorang ustaz bagi membantunya menyelami watak tersebut dengan berjaya

Ditakdirkan, Amirul berjumpa dengan Haji Rahman, seorang ustaz yang dengan rela hati sedia membantu Amirul dalam usahanya mendalami Islam meskipun demi lakonan semata.

Nadia, kekasih hati Amirul yang mana juga merupakan seorang pelakon terkenal mula berasa benggang dengan perubahan Amirul yang secara tiba–tiba. Amirul malah menghilangkan diri dan mula hidup bersama keluarga Haji Rahman.

Sepanjang Amirul tinggal bersama dengan Haji Rahman, Amirul terpaut hati pada kelembutan dan keayuan Laila, anak Haji Rahman.

Keikhlasan Amirul mendalami agama Islam menyebabkan Laila terbuka hati untuk menerimanya namun muncul Nadia bagaikan badai ombak yang memusnahkan semuanya.

Dapatkan Amirul mengecap bahagia cinta bersama Laila? Adakah misi Amirul mendalami Islam hanya demi lakonan atau hatinya betul – betul telah berubah?

Pendapat Bro mengenai Filem Salam Cinta
Bagi Bro filem bergenre islamik romantik ini sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Walaupun ianya filem islamik, ianya tidak terlalu berat untuk diterima masyarakat zaman sekarang. Walaupun diselitkan dengan sindiran dan lawak jenaka yang tidak terlampau.

Dalam masa yang sama ia ingin mengetengahkan isu semasa dimana masyarakat sekarang kurang ariff dengan hal agama.

Dari perkara memberi salam, solat, membaca al-quran sehinggalah isu cinta kepada tuhan dikupas satu persatu oleh pengarah filem ini dalam memastikan motif dan element islam dapat diterapkan dalam setiap babak yang dipaparkan.

Setiap babak bro boleh jamin anda akan ketawa dengan dialog sponton yang mencuit hati. Pasti tidak kering gusi dengan lawak bersahaja.

Dan ada juga babak yang mmepu membuat anda menitiskan air mata.

Gandingan mantap Kamal Adli dan Diana Amir mampu membangkit emosi kepada sesiapa yang menontonnya.

Cakap banyak pun tak guna. Apa kata anda tonton filem “Salam Cinta” di pawagam berhampiran anda sekarang juga.

Sebelum tue, jom tengok trailernya dulu

Bicara Bro : Tertarik dengan beberapa dialog dalam filem ini.

Walaupun kita berusaha dan dia tetap bukan jodoh kita. Maka dia tetap juga bukan jodoh kita.

Kita hanya mampu berusaha dan berubah. Tetapi kesemuanya ketentuan illahi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

20 thoughts on “Majlis Pratonton Dan Sidang Media Filem “Salam Cinta”

Leave a Reply to hafiz hafizol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *