March 29, 2024

Maaf, Saya Tiada Apa-Apa Hubungan Dengan Aaron Aziz

Maaf,

Bro tiada apa-apa hubungan dengan pelakon popular, Aaron Aziz. Dan kenyataannya, Bro bukan Gay.

Diharap anda semua tidak perlu jeles sekiranya ternampak gambar Bro bersama Aaron Aziz. Setakat bergambar, tak perlu nak jeles lebih-lebih.

Semuanya bermula selepas bro publish gambar bro lunch bersama Aaron Aziz baru-baru ini di Saloma Bistro.

Rata-rata komen yang diterima dilaman blog + facebook + twitter menyatakan mereka jeles dengan gambar tersebut.

Dan yang menyatakan bahawa mereka jeles melihat gambar tersebut adalah 100% perempuan. Ada diantaranya yang sudah berkahwin.

OMG…!!

Memang betul bro tiada apa-apa hubungan dengan Aaron Aziz yang memerlukan anda jeles. Cuma dalam masa terdekat ini, bro ada beberapa projek dengan Aaron Aziz. Tengah siapkan kertas kerja untuk dipanjangkan pada pihak beliau.

Dan korang perlu ingat. Aaron Aziz sudah berkahwin dan mempunyai keluarga.

Jangan over-over. Banyak lagi lelaki single diluar sana.

Bicara Bro : Tak perlu jeles Bro bergambar dengan Aaron Aziz.

Cubalah korang jeles jika Bro bergambar dengan Lisa Surihani (alamak, dah jadi isteri orang) tak pun dengan Siti Saleha (klik kalau korang nak rasa jeles).

Ataupun gambar bro dengan Heliza Helmi (ops, rasanya tak banyak gambar bro dengan dia diupload di blog atau facebook)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

35 thoughts on “Maaf, Saya Tiada Apa-Apa Hubungan Dengan Aaron Aziz

Leave a Reply to hidayah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *