You are here
Home > Luahan Hati Seorang Blogger > Luahan Hati Seorang Blogger [Part 27] – Tak Semestinya Blogger Perlu Ada DSLR

17,441,731 total views, 942 views today

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 27] – Tak Semestinya Blogger Perlu Ada DSLR

Rasanya,

Kalau nak jadi blogger tak semestinya perlu ada DSLR.

Tapi pelik, asal bro ajak rakan blogger untuk pergi mana-mana event. Pasti akan terkeluar perkataan ini :-

“Maaf bro, saya tiada kamera DSLR”

Tak semestinya nak ikut bro atau datang mana-mana event perlu ada DSLR. Ada kamera digital pun boleh.

Kalau rasa kamera digital tiada, boleh guna kamera hp.

Tapi ramai pula yang cakap macam ini :-

“Hp saya biasa-biasa, mana cantik amik gambar”

La…………..!!!! Itu bukannya masalah. Korang ikut je bro, gambar nanti bro akan bagikan.

Bro bukannya kedekut gambar, walaupun korang minta tanpa kreditkan pada bro. Bro bukannya profesional photographer.

Korang pula guna apa untuk bergambar di blog atau facebook?

DSLR? Kamera Digital ataupun kamera hp?

Kadangkala, pelik juga bila ada blogger yang kedekut nak berkongsi gambar. Nak upload dekat facebook pun payah (part ini memang kena batang hidung bro).

Sony Alpha 230 yang selalu menjadi peneman bro.

Banyak berjasa pada bro walaupun ianya bukan milik bro. Tapi malangnya, tak ramai yang reti menggunakannya. Sebab itu susah nak nampak muka bro ada dalam kamera ini.

Malam tadi bro bermimpi,

Masa majlis bro nanti, photographer tak datang. Erm perlu ada backup photographer.

Ada tak sesiapa yang ikhlas?

Bicara Bro : Bro ingat lagi geng-geng masa zaman awal-awal bro berblog tahun 2006 – 2007.

Kebanyakan mereka menaip sahaja diblog tanpa perlu ada gambar mahupun tayang muka sendiri. Tiada pula nak kerja pendapatan atau trafik dari blog.

Semuanya dibuat kerana minat mereka dalam berkarya.

Itu pasal ada yang keluarkan buku/novel, jadi pelakon etc.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 27] – Tak Semestinya Blogger Perlu Ada DSLR

  1. Rasanya kalau entri hanya dengan kekuatan menulis lebih sesuai untuk blog yang niche novel atau diari.

    Salah satu trik untuk pengunjung leka dan asyik dengan gambar jadi lama sedikit di blog. Boleh kurang bounce rate. Kalau blog gossip artis pun boleh kurang bounce rate sebab pembaca lebih lama membaca gossip letak gambar artis sekeping dah cukup. 🙂

    1. Dulu bro lebih utamakan pada penulisan.

      Tapi bro dpt tips dari rakan blogger (dah bersara dah dia) untuk menulis sambil selitkan gambar sekeping dua.

      Sebab ramai orang suka tengok gambar dari membaca.

  2. Betul tu. Saya setuju.. Kalau kita minat menulis blog.. Tanpa perlu menggunakan kamera DSLR pun kita boleh menghasilkan entri yang dapat menarik perhatian pembaca.. 😉

  3. Akak guna kamera digital atau kamera hp je. DSLR ada dlm whislist tapi tak tau bila boleh dapat my another half selalu warning itu keperluan ke keinginan…ermmm…:(

  4. Betul tuh bro.. sikap “takda” begitu memang tak boleh jadi alasan. Mahu tidak mahu aje nak belajar ataupun nak share.

    p/s: arap mimipi tu tak betul bro…

    1. Bro dulu masa mula-mula berjinak dengn event, memang terpaksa buat muka tak malu mintak pic dari orang lain

      Sekarang pun sama.

      Jika bro cover event last minit, memang bro tak bawa kamera. So, bro request dengan organizer untuk providekan gambar.

  5. faktor orang sekeliling kot yang buat mereka segan nak ikot bro, pandang kanan pandang kiri semua pakai yang canggih2..

    tapi apa yang lebih penting cara penulisan kita kat blog. Gambar tak lawa tapi penulisan dan olahan kita lawa, pasti ada pengikut tersendiri 🙂

    yang mengaku hp tak canggih tu anggap jer dorang rendah diri..tak nak berbangga.. 🙂

    1. Mungkin juga. So tak salah kalau nak berkepit dengan bro kan. Tak pun just pandang bro je, xpayah pandang kiri kanan.

      Blog dkna lawa, senang nak baca dan tak berat sangat.

      Tak perlu nak berbangga ke merendah diri. Just gunakan apa yang ada. Jangan jadikan ianya alasan

  6. Skang ni aku simpan je DSLR aku tu bro…rasa leceh nak bawak..besar…skang ni amik gambar guna hp je..senang…bro..lain kali kalau ada org tolak join bro pi event sbb xde dslr, aku ok je pi event snap gambar guna hp..apa ada hal..roger je aku…kalau kena pada hari n time..aku join..amacam

  7. salam bro… pertama kali leeza singgah sini.. dah teroka2 blog bro ni.. teruja sgt nk join event … actually tak pernah join mana2 event. ni pun ada kawan rekeman kan…. nice to know u… awesome.

  8. Iyorlh..sonok sangat tgok mereka dpt join event, harap bro dapat senaraikan nama ema dlam event akan datang..huhu….semangat nih nk g…ble ye…

Leave a Reply

Top