April 16, 2024

Kenapa Sembunyikan Status Sudah Bertunang Selama Ini

Alhamdulillah,

Sedar tak sedar, tinggal sebulan lebih sahaja majlis perkahwinan bro.

Mungkin ada yang tak kenal gadis yang berjaya menambat hati bro selama ini. Dan bro selamat mengikatkan tali pertunangan dengan beliau pada tahun lepas tanpa pengetahuan sesiapa.

Hanya keluarga kami sahaja terlibat. Tiada majlis, tiada pelamin, tiada pakaian cantik-cantik, tiada photographer mahupun mak andam.

Paling best, bro waktu itu sedang berdengkur dalam bilik. Sedangkan kedua-dua keluarga sedang berbincang diruang tamu. Spoil di situ (Penat sangat waktu itu)

Mungkin ada yang agak bro baru mengenali si dia.

Bro kenal dia pada tahun 2009. Itupun dilaman facebook, berjumpa pertama kali pada tahun 2010 sebab dia datang sokong bro tournament bowling antara jabatan waktu itu.

Kali kedua berjumpa pada tahun 2011 dan tak bajet pun akan berjumpa.

Dari situ segala-galanya bermula. Bawa jumpa keluarga pada 2 pertemuan seterusnya dan keluarga berkenan. Dan akhirnya…..

Kalau betul-betul ikhlas dalam hubungan, elok dipermudahkan. Tak semestinya kena couple atau serahkan apa-apa untuk membuktikan cinta etc.

Ada sebab juga kenapa bro sembunyikan status pertunangan bro. Bukan sebab bro takut saham bro jatuh atau ada yang tak berani nak dekati bro.

Sebab dalam islam sendiri ada menyatakan bahawa pertunangan bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ianya bagi menutup aib sekiranya apa-apa terjadi pada ikatan pertunangan tersebut.

Itu yang cuba Diana Amir sampaikan bila ditanyakan kenapa dia merahsiakan pertunangan beliau.

Dugaan waktu bertunang memang mencabar. Hanya kekuatan hati dan iman dapat diharungi dengan izinNya.

Lagipun ikatan pertunangan hanyalah janji kita pada keluarganya. Dan bukan kepada dia. Dia masih ada hak untuk meminta ikatan itu putus atau tidak menerima kita sebagai pasangan hidupnya.

Dan ikatan nikahan yang kita lafazkan sewaktu akad itu adalah merupakan perjanjian kita dengan walinya untuk dipertanggungjawabkan keatasnya kelak.

Bicara Bro : Ada banyak sebab juga bro sembunyikan status pertunangan bro dan sembunyikan identiti beliau.

Ramai yang tak suka bro dan ada yang tak selesa dengan kehadirannya. Banyak sms dan panggilan dari no yang tidak dikenali.

Pelik, sehinggakan no yang bro berikan juga kena tempias.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

38 thoughts on “Kenapa Sembunyikan Status Sudah Bertunang Selama Ini

  1. dah macam kembar pulak saya tengok bro dgn iera nieh… Kalau org x suka bro dgn iera tu biar je lh bukan mereka yg tentukan bahagia bro kan.. Ape pun tahniah ye..

  2. bagus la cara bro ni..baru bertunang kan, so tak perlu la kecoh2, nanti dah kawin betul2 nak kecoh xpe…hehe lain orang lain pendapat kan.. keep pro :D

    1. huhu no, what i mean is, bro “baru bertunang” bukaknnya baru yang baru… tahu yang bro da lama bertunang, ada kawan blog ni bagtau dlu..

  3. Kita tak boleh nak puaskan hati semua oranglah bro. Perkara paling penting yang perlu bro setuju, sidia setuju dan kedua-dua keluarga restu.

  4. Itu semuanya hasil usaha syaitan yang bertungkus lumus menghalang pembinaan masjid. Insyaallah, sekiranya tauhid di hati, syariat di jiwa, semuanya berjalan lancar. Akak doakan dari jauh yer bro…

  5. Masa mula2 dapat tau Bro bertunang ingatkan dengan Nurul..heheee ;)

    Betul tu, bila bertunang baik rahsiakan, bila nak bernikah baru hebahkan :)

    Myra dulu pun macam tu jugak :)

  6. betul tu..dkna setuju dengan pendapat bro.

    Tahniah bro sebab berjaya harungi ujian dalam sesi pertunangan. Dkna doakan bro kekal bersama iera hingga nafas terakhir..insyaAllah. :)

    1. Tak juga. Just kenal dekat facebook di meja poker. So cinta meja poker la kan.

      Tapi time tue xde apa-apa pun, sembang pun jarang. Cuma lepas bro x aktif berfacebook, baru kami bersembang

  7. Bro.. Macam Diana Amir lak ye sembunyi2 ni. Tp mmg terror a sembunyi.. Betul tu.. Bertunang ni darah manis.. Byk cabaran.. Bykkan berdoa..

    1. Ala setahun je sembunyikan. Atas nasihat keluarga dan keadaan tidak mengizinkan bro revealkannya…

      Dah macam Diana Amir ek, tapi ramai je yang tahu dia dah bertunang.

Leave a Reply to Ezad Skytech Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *