Alhamdulillah,
Sedar tak sedar, tinggal sebulan lebih sahaja majlis perkahwinan bro.
Mungkin ada yang tak kenal gadis yang berjaya menambat hati bro selama ini. Dan bro selamat mengikatkan tali pertunangan dengan beliau pada tahun lepas tanpa pengetahuan sesiapa.
Hanya keluarga kami sahaja terlibat. Tiada majlis, tiada pelamin, tiada pakaian cantik-cantik, tiada photographer mahupun mak andam.
Paling best, bro waktu itu sedang berdengkur dalam bilik. Sedangkan kedua-dua keluarga sedang berbincang diruang tamu. Spoil di situ (Penat sangat waktu itu)
Mungkin ada yang agak bro baru mengenali si dia.
Bro kenal dia pada tahun 2009. Itupun dilaman facebook, berjumpa pertama kali pada tahun 2010 sebab dia datang sokong bro tournament bowling antara jabatan waktu itu.
Kali kedua berjumpa pada tahun 2011 dan tak bajet pun akan berjumpa.
Dari situ segala-galanya bermula. Bawa jumpa keluarga pada 2 pertemuan seterusnya dan keluarga berkenan. Dan akhirnya…..
Kalau betul-betul ikhlas dalam hubungan, elok dipermudahkan. Tak semestinya kena couple atau serahkan apa-apa untuk membuktikan cinta etc.
Ada sebab juga kenapa bro sembunyikan status pertunangan bro. Bukan sebab bro takut saham bro jatuh atau ada yang tak berani nak dekati bro.
Sebab dalam islam sendiri ada menyatakan bahawa pertunangan bukan sesuatu yang perlu dihebohkan. Ianya bagi menutup aib sekiranya apa-apa terjadi pada ikatan pertunangan tersebut.
Itu yang cuba Diana Amir sampaikan bila ditanyakan kenapa dia merahsiakan pertunangan beliau.
Dugaan waktu bertunang memang mencabar. Hanya kekuatan hati dan iman dapat diharungi dengan izinNya.
Lagipun ikatan pertunangan hanyalah janji kita pada keluarganya. Dan bukan kepada dia. Dia masih ada hak untuk meminta ikatan itu putus atau tidak menerima kita sebagai pasangan hidupnya.
Dan ikatan nikahan yang kita lafazkan sewaktu akad itu adalah merupakan perjanjian kita dengan walinya untuk dipertanggungjawabkan keatasnya kelak.
Bicara Bro : Ada banyak sebab juga bro sembunyikan status pertunangan bro dan sembunyikan identiti beliau.
Ramai yang tak suka bro dan ada yang tak selesa dengan kehadirannya. Banyak sms dan panggilan dari no yang tidak dikenali.
Pelik, sehinggakan no yang bro berikan juga kena tempias.
dah macam kembar pulak saya tengok bro dgn iera nieh… Kalau org x suka bro dgn iera tu biar je lh bukan mereka yg tentukan bahagia bro kan.. Ape pun tahniah ye..
Oh nampak macam kembar ek.
Ok bro adik, iera akak he..23x (tertiba nak rasa diri ini muda kan)
biarlah orang lain tak suka pun.. yg penting bro dan si dia suka dgn hubungan tu.. semoga perkahwinan nanti dipermudahkan oleh Allah.. tahniah..
Harapnya macam tue, banyak sangat dugaan.
Ikut hati nak je report polis. Sebab gangguan macam itu boleh buat orang trauma.
Terasa macam diperhatikan je
senang nak bergerak sembunyi status ni hehehe
Dah kahwin kalau sembunyi status, senang tak nak bergerak? he..23x
salam..tahniah, moga perjalanan majlis bln dpn berjalan lancar. mmg bagus ikut saranan agama sembunyikan pertunangan dan sebarkan berita pernikahan.
Eh bukan bulan depan, tetapi bulan lagi satu ek.
Kalau sebarkan berita pernikahan lagi sekali, ok x?
Kalau sudah jodoh. Kita hanya mampu merancang. :-)
Bro rancang nak kahwin lagi nanti, jika ada jodoh la ek he..23x
bagus la cara bro ni..baru bertunang kan, so tak perlu la kecoh2, nanti dah kawin betul2 nak kecoh xpe…hehe lain orang lain pendapat kan.. keep pro :D
p.s yang pasti, korang nampak sepadan di header tu.. dah like husband n wife..hehe
Bro bertunang tahun lepas la.. Bukan baru bertunang.
huhu no, what i mean is, bro “baru bertunang” bukaknnya baru yang baru… tahu yang bro da lama bertunang, ada kawan blog ni bagtau dlu..
Kita tak boleh nak puaskan hati semua oranglah bro. Perkara paling penting yang perlu bro setuju, sidia setuju dan kedua-dua keluarga restu.
Memang susah nak puaskan hati semua orang. Sebab tue dalam islam kita hanya dibenarkan kahwini 4 orang dalam satu masa. tak boleh lebih atau lelebih.
Itu semuanya hasil usaha syaitan yang bertungkus lumus menghalang pembinaan masjid. Insyaallah, sekiranya tauhid di hati, syariat di jiwa, semuanya berjalan lancar. Akak doakan dari jauh yer bro…
Thank kak…. Syaitan tue kerja hakiki dorang sejak dulu sampai kiamat nanti
Masa mula2 dapat tau Bro bertunang ingatkan dengan Nurul..heheee ;)
Betul tu, bila bertunang baik rahsiakan, bila nak bernikah baru hebahkan :)
Myra dulu pun macam tu jugak :)
Ops ramai yang ingat macam tue, kalau dengan Nurul pun ok (kalau tuan badan sudi)
Amboi2… Bro ade hati tu…
Iera cepat pulas telinga bro..
Heheee, Nurul ampun ye :)
Iera (tunang Bro) Bukan setakat pulas je cubit sekali na :)
betul tu..dkna setuju dengan pendapat bro.
Tahniah bro sebab berjaya harungi ujian dalam sesi pertunangan. Dkna doakan bro kekal bersama iera hingga nafas terakhir..insyaAllah. :)
Eh pendapat bro yang mana satu yang kamu setuju nie ek?
Semoga majlis nanti berjalan lancar.. bro kenal buah hati masa dlm facebook? boleh dikatakan sebagai cinta muka buku juga la ni.. hehe :-D
Tak juga. Just kenal dekat facebook di meja poker. So cinta meja poker la kan.
Tapi time tue xde apa-apa pun, sembang pun jarang. Cuma lepas bro x aktif berfacebook, baru kami bersembang
cinta meja poker? haha.. oh lama xaktif berfb baru start bersembang dengan rancak lah.. hehe
Sembang dekat hp je la
Bro.. Macam Diana Amir lak ye sembunyi2 ni. Tp mmg terror a sembunyi.. Betul tu.. Bertunang ni darah manis.. Byk cabaran.. Bykkan berdoa..
Ala setahun je sembunyikan. Atas nasihat keluarga dan keadaan tidak mengizinkan bro revealkannya…
Dah macam Diana Amir ek, tapi ramai je yang tahu dia dah bertunang.
setuju dgn bro..apa pun tahniah utk bro..sebulan tu skjap jer..hehe
Sebab sekejab itulah rasa dup dap dup dap je nie tau…
kalau dah jodoh tak ke mana….
p/s: muka pun ada iras2…
ye ke muka ada iras2… muka saya iras2 dengan sape ek? Aaron Aziz?
byk cabaran bila da bergelar tunangan ni…elok tak dihebahkan sgt…da dekat nak majlis nanti baru la hebahkan…harap2 majlis bro nanti berjalan lancar..amin..:D
Dugaan memang banyak Ezad.
Bro pun harap-harap macam tue la, walaupun pengapit masih belum ada lagi.
haha.. serius.. tengok di header mmg nampak mcm dh menjadi suami isteri
He..23x awat kamu nampak macam tue pula ek?
Ini gambar pagi raya pertama tahun ini. Memang kami beraya bersama.