Kementerian Keluarkan Panduan Mengenali Gejala Gay Dan Lesbian Dikalangan Kanak- Kanak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengesahkan “garis panduan” untuk membantu ibu bapa mengenal pasti gejala gay dan lesbian yang terdapat pada anak-anak mereka.

Ianya supaya mereka boleh dan dapat mengambil tindakan bagi melakukan pembetulan pada peringkat awal pembesaran anak mereka.

Garis panduan ini diterbitkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan Putrajaya Majlis Perundingan Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Ianya telah disahkan oleh Kementerian Pelajaran, dan ianya telag dilancarkan semasa seminar di Pulau Pinang semalam.

Seminar ini mengenai “Keibubapaan dalam menangani isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan trans-jantina)” telah dianjurkan oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi.

Garis panduan telah menyenaraikan empat gejala bagi setiap gay dan lesbian:

Gejala gay :-

  1. Mempunyai badan yang berotot dan suka menunjukkan otot badan mereka dengan memakai t-shirt leher berbentuk V dan pakaian tanpa lengan.
  2. Suka pakaian ketat dan berwarna.
  3. Tertarik kepada lelaki.
  4. Suka membawa beg tangan yang besar, sama seperti yang digunakan oleh wanita, apabila melepak.

Gejala Lesbian :-

  1. Tertarik kepada wanita;
  2. Selain sahabat perempuan mereka, mereka akan menjauhkan diri dari wanita lain.
  3. Suka bergaul, berkongsi makanan dan tidur bersama wanita.
  4. Tidak mempunyai perasaan kasih sayang pada lelaki.

Apabila kanak-kanak mempunyai gejala-gejala seperti yang dinyatakan, perhatian segera harus diberikan.

Sumber : FreeMalaysiaKini

Bicara Bro : Memang ada benarnya, isu-isu seperti ini mungkin tidak melarat sekiranya ibubapa mengambil tindak dari awal lagi.

Kebanyakan ibubapa lepas tangan dan ada juga ibubapa yang menganggap golongan ini sebagai sial dan tidak cuba memperbaiki mereka.

Sian tengok golongan ini hanyut begitu sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Antara Top Blogger - Travel, Parenting dan Lifestyle di Malaysia. Berkerja sebagai Social Media Executive dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Peniagaan. Mempunyai seorang isteri dan seorang anak (belum plan nak tambah lagi)

16 pendapat tentang “Kementerian Keluarkan Panduan Mengenali Gejala Gay Dan Lesbian Dikalangan Kanak- Kanak

  1. Elok lar tuh.. sekurangnya ada tindakan dan garis panduan merangkumi semua peringat umo, dewasa ke kanak2. Walaupun isu ini agak sensitif dalam masyarakat kita, diharap serba sedikit dibendung.

    p/s: setuju dengan bro.. seharusnya bermula dari rumah..

  2. Payah hendak bezakan dengan cara pemakaian dan perwatakkan. Mereka ini pandai menyorok aktiviti gelap mereka. Kalau dibarat mereka tidak ada segan silu dan terang-terang melakukan aktiviti songsang mereka ini.

  3. Setuju dgn akubiomed- x semestinya pakaian seperti Di atas.. Kadang2 nampak normal je tapi sebenarnya tak.. Sedih.. Dan perwatakan Di Rumah berbeza dari di luar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge