April 19, 2024

Yang Penting Ialah Pengisian Selepas Kahwin – Ust. Don

Selamat pengantin baru kepada Ustaz Don Daniyal dan pasangan Husna Zahry Rafie.

Alhamdulillah, petang semalam Ust. Don telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya dalam suasana sederhana.

Bagi beliau tidak perlu ada siaran langsung atau acara liputan besar-besaran.

Kata Ust. Don, “Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin.”

Memang betul apa yang Ust. Don katakan. Makin nak dekat harinya, makin bro tak mampu duduk diam. Sedang cuba bersederhana untuk majlis perkahwinan bro nanti.

Kad kahwin pun bro tak sempat nak tempah. Dan mungkin tak semua rakan akan bro jemput secara berkad. Tetapi bro lebih utamakan rakan-rakan yang boleh datang.

Tak nak susahkan korang datang dari jauh semata-mata nak rasa nasi minyak bro (walaupun yang masa nasi itu bukan bro, tetapi katering)

Baju kahwin dah tempah tapi bro sendiri pun tak tengok lagi baju itu. Sama ada disebelah Johor mahupun disebelah Perak.

Hantaran sudah disediakan. Baju nikah pun dah ada, tetapi urusan dengan pejabat agama masih belum diselesaikan atas beberapa permasalahan yang dihadapi dan perlukan khidmat nasihat dari pihak mereka.

Jika tiada aral, bro mungkin akan bernikah awal dari tarikh sepatutnya.

Apa-apa doakan yang terbaik buat bro.

Bicara Bro : Maaf jika apa yang bro katakan disini, nampak macam over (terlampau) dan mungkin ada yang tak suka.

Bro masih memerlukan mana-mana pihak yang sudi untuk menaja atau melancarkan majlis perkahwinan bro. Jika ada yang sudi boleh hubungi bro.

Buat masa sekarang, ada pihak yang sudi menaja lokasi dan mencadangkan bro buat di Kuala Lumpur untuk memudahkan rakan-rakan di KL untuk menghadirinya. Dan bro pasti, anda juga sudi hadir jika buat di KL.

Terima kasih kepada pihak yang banyak membantu bro selama ini.

Hidup sebagai blogger sepenuh masa tidak seperti orang yang makan gaji. Kenkadang kais pagi, kenkadang pecah tabung.

Nak buat loan bank pun tak lepas. Cuma bro nak cari keredhaanNya.

Jangan nak jatuhkan bro dengan apa yang bro katakan, tetapi bantu bro dengan memudahkannya. Jangan tambah dosa yang sia-sia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

9 thoughts on “Yang Penting Ialah Pengisian Selepas Kahwin – Ust. Don

    1. Terima kasih saudara denaihati.

      Saya sudah jumpa yang terbaik buat diri saya sekarang ini. Yang mampu menemani dan membawa saya menuju kepadaNya.

      Moga dipermudahkan buat saya

  1. bila niat dah nak kawin, insyaAllah, murah rezeki. rezeki akan ada. si dia pon dengan rm0 masa decide nk kawin tu. tp alhamdulillah.

    moga bro n iera dipermudahkan.

    kalau wat majlis di keyel. rasanya ramai blogger dtg.
    di johor or perak pon maybe ramai gak yg datang. behrang dekat je kan….drive 140 kejap je .hahahahah

  2. semoga dipermudahkan urusannya.. kalau buat hari tak kerja masa di batu pahat tu rasanya kak mia boleh datang. dekat bebenor dengan rumah keluarga kak mia…

  3. As’Salam wbt… Bro Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin… Btw kie ucapkan selamat bakal menjadi Suami semoga kekal berbahagia, dilimpahkan rezeki, diberikan ruang peluang untuk lebih baik serta mempunyai zuriat yang soleh-solehah dan abadi ke Syurga Ameen… InsyaAllah bro en contact ramai mesti ada yang sudi memberikan sponsor gittew…. Allah Maha Mendengar… lagipun bro ni orangnya rajin gigih berusaha, tup3x… producer MIG sponsor hikhik….

Leave a Reply to Kikie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *