Selamat pengantin baru kepada Ustaz Don Daniyal dan pasangan Husna Zahry Rafie.

Alhamdulillah, petang semalam Ust. Don telah selamat diijab kabulkan dengan pasangannya dalam suasana sederhana.

Bagi beliau tidak perlu ada siaran langsung atau acara liputan besar-besaran.

Kata Ust. Don, “Saya hanya bersederhana. Yang penting ialah pengisian selepas kahwin.”

Memang betul apa yang Ust. Don katakan. Makin nak dekat harinya, makin bro tak mampu duduk diam. Sedang cuba bersederhana untuk majlis perkahwinan bro nanti.

Kad kahwin pun bro tak sempat nak tempah. Dan mungkin tak semua rakan akan bro jemput secara berkad. Tetapi bro lebih utamakan rakan-rakan yang boleh datang.

Tak nak susahkan korang datang dari jauh semata-mata nak rasa nasi minyak bro (walaupun yang masa nasi itu bukan bro, tetapi katering)

Baju kahwin dah tempah tapi bro sendiri pun tak tengok lagi baju itu. Sama ada disebelah Johor mahupun disebelah Perak.

Hantaran sudah disediakan. Baju nikah pun dah ada, tetapi urusan dengan pejabat agama masih belum diselesaikan atas beberapa permasalahan yang dihadapi dan perlukan khidmat nasihat dari pihak mereka.

Jika tiada aral, bro mungkin akan bernikah awal dari tarikh sepatutnya.

Apa-apa doakan yang terbaik buat bro.

Bicara Bro : Maaf jika apa yang bro katakan disini, nampak macam over (terlampau) dan mungkin ada yang tak suka.

Bro masih memerlukan mana-mana pihak yang sudi untuk menaja atau melancarkan majlis perkahwinan bro. Jika ada yang sudi boleh hubungi bro.

Buat masa sekarang, ada pihak yang sudi menaja lokasi dan mencadangkan bro buat di Kuala Lumpur untuk memudahkan rakan-rakan di KL untuk menghadirinya. Dan bro pasti, anda juga sudi hadir jika buat di KL.

Terima kasih kepada pihak yang banyak membantu bro selama ini.

Hidup sebagai blogger sepenuh masa tidak seperti orang yang makan gaji. Kenkadang kais pagi, kenkadang pecah tabung.

Nak buat loan bank pun tak lepas. Cuma bro nak cari keredhaanNya.

Jangan nak jatuhkan bro dengan apa yang bro katakan, tetapi bantu bro dengan memudahkannya. Jangan tambah dosa yang sia-sia.