You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Tanah Kubur : Kasih Anak Yang Soleh Buat Ibunya

17,426,236 total views, 80 views today

Tanah Kubur : Kasih Anak Yang Soleh Buat Ibunya

Tanah kubur minggu ini mengisahkan seorang pemuda bernama Shamsul (lakonan Aaron Aziz) dimana maknya sedikit pun tidak percaya dengan perkerjaan yang dilakukan oleh anaknya.

Di mana shamsul amat menyayangi ibunya sehingga beliau sanggup tidak makan tengahari walaupun berkerja dari pagi sehingga lewat malam.

Orang kampung telah memfitnah beliau terlibat dengan kes ragut dan mencuri. Maknya mempernyai bulat-bulat apa yang dikatakan oleh orang kampung.

Maknya tidak mengaku dia adalah anaknya, dan berharap dia tidak mengandung anak seperti Shamsul.

Pada suatu pagi, maknya cuba mengejutkan Shamsul untuk pergi kerja tetapi beliau sedikit pun tidak terjaga. Rupanya beliau telah meninggal dunia.

Ibunya rasa menyesal kerana memarahinya pada malam sebelumnya.

Wajah jenazah berseri-seri sebelum dikapankan walaupun beliau disyaki melakukan perkara yang jahat sewaktu hidupnya. Keadaan dalam rumahnya berbau harum.

Sewaktu hidupnya,

Beliau amat menyayangi ibunya,. Akibat beliau selalu pulang lewat, beliau meminta orang kampung untuk melihat ibunya. Beliau hidup susah, dan menyukarkan dia untuk sambung berlajar.

Beliau merahsiakan perkerjaan beliau selama ini.

Sewaktu jenazah beliau ingin dikebumikan, ada 2 orang alim datang menziarah dan menyatakan mereka diarahkan oleh guru mereka untuk temui Shamsul apabila mendengar berita mengenai kematian beliau.

Rupanya selama ini, beliau mengaji disekolah pondok dan dalam masa yang sama beliau membuat kerja amal.

Ibunya amat menyesali dengan apa yang pernah dia katakan kepada anaknya akibat mendengar hasutan orang kampung.

Sewaktu hidupnya, si Shamsul pernah bercakap kepada maknya bahawa dia akan mengimamkan solat jenazah sekiranya maknya meninggal dunia.

Beliau juga mengamanahkan ibunya untuk dijaga oleh rakan-rakan dari sekolah pondok sekiranya ada sesuatu terjadi kepadanya.

 

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Tanah Kubur : Kasih Anak Yang Soleh Buat Ibunya

  1. moral of the sotry, jangan mudah percaya pada kata2 orang lain.. kerana sesungguhnya, kata2 yang keluar dari mulut orang lain, banyaknya adalah fitnah dan dusta semata2

Leave a Reply

Top