You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Mee Segera Penganti Ketupat & Rendang Di Hari Raya

17,457,940 total views, 1,107 views today

Mee Segera Penganti Ketupat & Rendang Di Hari Raya

Selamat hari raya buat semua.

Hari ini sudah masuk hari ke-7 umat islam di Malaysia berhari raya.

Bro terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur atas urusan kerja. Balik tanpa bawa apa-apa dari kampung. Mungkin sebab bro tak plan percutian raya bro dengan teratur.

Lagi satu, bro bukan kerja makan gaji. Ada job ada la duit nak makan. Jika tiada, memang tiada duit nak makan.

So sepanjang bro berada di Kuala Lumpur,

Mee segera ini menjadi peneman bro. Tiada ketupat mahupun rendang. Bro tahu benda ini tak baik untuk kesihatan.

Ini aja yang kena dengan tekak bro. Nak makan McD hari-hari macam tak lalu la pulak.

Budak rumah ramai masih bercuti lagi. So tinggal sensorang dekat rumah. Makcik yang selalu jual nasi bungkus tue, masih lagi belum beroperasi. Balik Indonesia kot untuk berhari raya.

Start hari ini baru ada jemputan untuk open house. Tetapi bro tidak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Esok selepas subuh bro perlu amik dia balik kerja dan terus gerak ke Johor untuk uruskan urusan yang masih belum selesai.

Bicara Bro : Bro lagi suka makan nasi berbanding ketupat mahupun nasi impit. Walaupun kedua-duanya adalah benda yang sama.

Mak bro bising-bising, sebab bro ini jenis susah nak hidup jika tiada nasi. (bukti bro orang Malaysia)

Bagaimana la bro nak hidup dekat oversea terutama tempat yang susah nak jumpa nasi (contohnya :- Dubai, Moscow & Kenya) patut la member bro tue tiap kali balik Malaysia, badan slim.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

10 thoughts on “Mee Segera Penganti Ketupat & Rendang Di Hari Raya

Leave a Reply

Top