March 28, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 26] Tak Semua Blogger Boleh Dianggap Sebagai Wartawan Media

Bila sebut anda adalah blogger.

Ada yang akan memandang anda sebagai wartawan media alternatif. Dan mungkin ada juga yang memandang rendah golongan blogger.

Ada yang selesa dengan kehadiran blogger dan ada juga yang rasa kurang selesa.

Cuba anda lihat,

Berapa ramai blogger disaman atas kelancangan mereka menulis tanpa memikirkan sensitiviti sesetengah pihak.

Memang diakui, kita boleh menyebarkan sesuatu yang benar walaupun ianya bukan fitnah dan bersertakan bukti-bukti kukuh. Ianya boleh mengaibkan pihak yang terlibat.

Sepanjang bro terlibat sebagai wartawan tak rasmi untuk beberapa program dan artis.

Banyak benda yang terpaksa bro off-record walaupun ianya pengakuan secara tertutup dari pihak berkenaan. Sebab bro tahu, tak ada faedah untuk bro menjatuhkan orang lain semata-mata nak upkan diri sendiri.

Mungkin sebab itu ada pihak yang selesa berurusan dengan bro.

Bila kita dianggap sebagai wartawan. Ada beberapa protokol yang perlu kita ikuti, supaya kita lebih dipandang sebagai blogger yang profesional.

Ada juga yang mengaku mereka blogger dan mengharapkan layanan istimewa dari penganjur. Golongan macam ini pernah juga bro jumpa, walaupun tak banyak.

Bicara Bro : Ada kes, individu yang menyamar menjadi wartawan dan menipu peniaga restoran dengan menyatakan bahawa restoran mereka bakal menerima Anugerah Restoran Terbaik Malaysia.

Tetapi mereka perlu membayar beberapa ribu untuk tujuan pengiklanan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 26] Tak Semua Blogger Boleh Dianggap Sebagai Wartawan Media

    1. itu yang kita namakan sebagai protokol dan ade term “off record”. bro selalu gunakan term ini.

      Memang kita boleh dapat maklumat dari sumber asal secara direct. Tapi tak boleh main tulis je ape yang kita tahu kan.

  1. Saya setuju..Sebagai seorang blogger kita perlu menjaga sensitiviti orang lain..

    Walaupun memang seronok disebabkan kita berasa bebas untuk menulis apa sahaja di blog kita..

    Tapi jangan lupa… Setiap apa yang kita tulis akan di baca oleh orang ramai samada perkara tersebut baik atau buruk.. Jadi kita perlu berhati-hati semasa menulis, supaya tidak menyinggung perasaan orang lain..

    P/S: Ada kalanya saya juga pernah menyinggung perasaan orang lain..

  2. Kalau wartawan adalah yang bertauliah didalam bidang kewartawanan. Apa bila blogger menulis ikut sedap sebab mereka tidak didedahkan kepada etika kewartawanan.

  3. tak taulamsbb ila nie dah tuasangat ke apa.. ada beberapa belog yg mmg terkenal n
    kejanya asik review hal artis.. ila takmjenguk pun..maybe once a couple of month atau once a year adalah jenguk kot.. asik2 artis pastu cerita gosip n yg memalukan je.. apa gunanya.. ada gak yg fitnah memfitnah pastu kita pun join semangkuk.. buat tambah dosa yg mmgbnayak

Leave a Reply to kakmahh Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *