March 28, 2024

Jatuh Saham, Bila Jatuh Depan Awek-Awek

Dari jauh bro perhatikan brader polis 2 ekor dok perhatikan sekumpulan awekz lalu di depan mereka.

Dalam masa yang sama bro perhatikan juga kumpulan awekz boleh menyelowkan langkah dan lengokkan badan.

Fuh…!!!

Comel juga, ayat sure boleh dapat sorang nie.

Tapi tak guna juga dapat awek macam nie, block orang nak lalu je. Lorong yang sempit terasa macam tiada ruang untuk bro memintas dorang.

Hanya mampu memerhati lentok pinggul mereka yang tak seberapa nak tongek.

Semasa menaiki tangga, bro nampak celahan dan bro gunakan perluang ini untuk memotong mereka.

Dengan gaya dan lagak machonya bro menotong mereka. Langkah bro dipanjangkan dari satu kepada dua anak tangga sekali langkah.

Entah macam mana bro terperasan ada awek memandang bro semasa bro memotong mereka. Serta merta langkah bro tidak teratur. Kaki yang sepatutnya melangkah gagal menjejaki anak tangga dihadapan bro.

Maka tersebut la kisah jejaka perasan jatuh hampir tersungkur cuma tidak tersenbam.

Jatuh kehadapan macam merangkak ala Wolverine (watak X-Men) naik tangga dengan menggunakan tangan dan kaki. Dengan tahap kemachoan bro, bro teruskan merangkak sampai ke anak tangga terakhir.

Kemudian bro bangun sambil pandang ke belakang sambil mencari-cari kot-kot ada insan yang menolak bro masa menaiki tangga tadi.

Bila rasa macam tiada apa-apa bro teruskan perjalanan bro. Dalam hati bro berkata, “fuhhh awat semua awek je dekat belakang tadi”

Bicara Bro : Jatuh dalan keadaan memalukan didepan awek semasa nak menaiki tangga.

Sama nilai dengan saham diri yang jatuh tertiba bila awek semua pandang.

Walaupun kenyataannya, saham lelaki susah nak jatuh walaupun sudah berusia 40 tahun. Tapi boleh juga jatuh bila berjalan pergi mana-mana, si isteri tertiba peluk erat tangan sambil usha depan ada awek comel tengah lalu.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

37 thoughts on “Jatuh Saham, Bila Jatuh Depan Awek-Awek

  1. hehe.. nk wat cane.. tahan malu je la.. sy dulu pernah jatuh masa nk naik bas..dkt tangga pintu depan bas tu..malu giler.. tp wat2 x tau je.. tp seyes malu.. haha

    1. Wah macam mana boleh jatuh dekat tangga bas nie. Ramai tak yang pandang.

      Habis la awek comel nie malu-malukan…

      Macam bro tak apa. muka xhensem, if orang tengok pun, xde kesan apa-apa

  2. Buat tak tahu sahaja lah bro. Teringat kepada saya, awek jambu tumit kasut tinggi terpelecok pada lubang penutup longkang. Mana taknya siap bersilat langkahnya. :-)

  3. Hai..Jay kembali..sori lama menghilangkan diri..Uish..bahaya tu bro..jatuh saham..hehehe..harap jay takdelah mcm tu nt..hehehe

  4. Sib baik tak der yang nanges kat situ… Ala bro apa pedulik depa tu bukan kenal bro punnnn…(iye ke tak kenal…ahakkksss…)

  5. hahaha..sabo je la..tu la lenkali tu jalan la leklok..jgn pndang kiri kanan..pndang dpn je..dan klu jatuh pon..jagn pndang belakang dah..bangun n terus jalan je ke depan..xde la malu sangt..buat bodo je..hhee

  6. Hehehe..jatuh saham…saya pernah sekali dulu,berjalan.. depan ada awek,dekat nak sampai tersepak batu kecik,lepas tu batu terkena kaki awek..menjerit awek tu sambil menyumpah2..ades mati mood nak ngorat.

    1. Yang itu bro biasa juga, cuma batu tue tak terkena awek tue, bro je yang terkena awek tue.

      Awek tue menjerit tapi tak menyumpah. senyum-senyum ada la.

      Tapi bro tak berani nak mengorat

  7. wahhh jauhnya berangan. memang bahaya kalau tangga yang pattern ni. silap langkah, boleh terjatuh punya. kalau jatuh memanglah malu, kalau depan awek.. confirm terus tak laku… heheheh

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *