You are here
Home > Bersama BroFramestone > Fitrah Manusia Bersama BroFramestone > Jangan Cemburu Dengan Kawan Yang Sudah Berkahwin

17,422,059 total views, 3,880 views today

Jangan Cemburu Dengan Kawan Yang Sudah Berkahwin

Selamat Hari Raya dari bro sekeluarga.

Bagaimana dengan hari raya anda? Adakah ianya meriah, biasa-biasa atau membosankan.

Terutama bagi mereka yang masih bujang dan belum berkeluarga walaupun kenalan sebaya dah ada yang berkahwin dan berkeluarga sendiri.

Terbaca status twitter kenalan bro di twitter :-

“Seronoknya tengok kawan-kawan beraya dengan suami masing-masing.”

Nampak kecewaan dan kesedihan yang beliau rasai sewaktu menulis tweet tersebut. Lalu bro troll budak ini dengan tweet bro sendiri :-

“Memang la mereka seronok beraya dengan suami masing-masing. Gila apa nak beraya dengan suami orang lain

Lain la kalau korang rela bersuamikan suami orang lain”

Jom layan video ucapan hari raya dari bro framestone & pasangan.

Bicara Bro : Bro pelik, kenapa ada orang jeles bro beraya dengan orang yang bro sayang. Bro akui bro tiada ikatan sah sebagai suami isteri dengan dia.

Tapi family bro dah anggap dia keluarga bro selama ini. Dia lagi rapat dengan keluarga bro berbanding bro sendiri.

Jangan samakan keluarga bro dengan keluarga korang. Ada hikmah dia hadir dalam keluarga bro. Sekurang-kurangnya dia eratkan hubungan bro dengan keluarga sendiri.

Dia nak beraya dengan keluarganya agak susah. Keluarga jauh, dan dia pun ada tanggungjawab lain juga. Tak semua orang bercuti sewaktu hari raya.

Sekurang-kurangnya terubat rindunya pada keluarga tika bersama keluarga bro. Keluarga yang akan menerimanya sebagai ahli keluarga.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

17 thoughts on “Jangan Cemburu Dengan Kawan Yang Sudah Berkahwin

  1. Sudah menjadi lumrah manusia yang mempunyai naluri dan nafsu. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Lebih sedih apabila ada pasangan yang mempunyai anak bersunggut mengenai anak mereka.

Leave a Reply

Top