March 29, 2024

Gambar Keluarga Broframestone Beraya Bersama Tahun 2012

Alhamdulillah,

Raya pertama tahun ini masih lagi berpeluang untuk beraya dengan adik beradik bro.

Semua dapat menjayakan diri untuk hadir dan berkumpul di rumah ibubapa kami dipagi Syawal. Semuanya masih bujang-bujang walaupun ada sesetengah umur dah terlajak.

Insya’lah tahun ini ada yang akan berumah tangga dan mempunyai tanggungjawab yang bakal menanti.

Tahun depan insya’lah akan ada yang menyusul.

Dan mungkin juga adik bro yang masih berlajar juga akan berkahwin sewaktu masih berlajar.

Itu semua hak mereka masing-masing. Tiada sesiapa nak halang sekiranya sudah bersedia dan memilih jalan halal untuk mendapat keberkatan dariNya sepanjang hidup didunia mengumpul ibadah untuk diakhirat kelak.

Waktu bersama keluarga amat singkat.

Kami masing-masing berjauhan. Nak berjumpa reramai macam nie dalam setahun memang sukar.

Nampak sedunya dari mata kedua ibubapa bro. Masing-masing nak kan yang terbaik untuk anaknya. Waktu mereka didunia makin singkat.

Bro juga bakal berkeluarga tidak lama lagi.

Pejam celik, masanya sudah semakin dekat. Tahun ini kami beraya bersama di Perak, bukan bro yang ajak dia. Cuma inilah keluarga yang terdekat menjadi tempat dia mengadu dan bermanja.

Lagi-lagi bila perlu berkerja di hari raya. Hari-hari berulang dari Perak ke Kuala Lumpur.

Insya’lah tahun depan, bro akan beraya di Johor bersama si dia.

Moga yang terbaik buat kami. Maaf sekiranya selama ini kami pernah menyakitkan hati anda. Rambut sama hitam, tapi dye rambut warna lain-lain.

Bicara Bro : Berhati-hati dijalan raya.

Berhati-hati juga bila berjalan-jalan nak beraya. Nanti duit raya tercicir pula.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

16 thoughts on “Gambar Keluarga Broframestone Beraya Bersama Tahun 2012

Leave a Reply to mia liana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *