You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Filem Seram Sejuk Menyerang Pawagam Hari Raya Ini.

17,446,707 total views, 5,918 views today

Filem Seram Sejuk Menyerang Pawagam Hari Raya Ini.

Filem Seram Sejuk dari I-Insan Multimedia akan menyerang pawagam pada hari raya pertama diseluruh negara.

Walau bagaimanapun untuk tayangan malam ‘sneak preview’ akan bermula pada 16 Ogos ini.

Filem arahan Azhari Zain ini bergenre komedi seram memaparkan kisah sebuah produksi yang dihantui pelbagai peristiwa seram sepanjang menyiapkan video klip bagi seorang penyanyi rock yang ingin membuat penampilan semula.

Filem ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.5 juta dan menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Ianya menampilkan Angah Raja Lawak, Wawa Zainal, Zul Suphian, Fyza Kader, Eddy Rauf dan ramai lagi. Tidak lupa juga penampilan dari para perlakon yang lebih berpengalaman seperti Sabri Yunus, Zaidi Omar dan Hasnul Rahmat bagi menambahkan lagi jenaka didalam filem ini.

Sinopsis filem Seram Sejuk

Mengisahkan tentang seorang penyanyi rock yang ingin membuat video klipnya tetapi mempunyai budget yang ciput. Video klip ini bertujuan untuk mempromosikan beliau yang ingin membuat kemunculan kembali.

Dalam masa yang sama ada seorang editor, saiful menyimpan perasaan terhadap seorang rakan setugasnya bernama Ros. Saiful mula merasa cemburu apabila majikannya Che Wan juga turut menaruh minat terhadap gadis tersebut.

Kisah-kisah ganjil bermula apabila Saiful menjumpai sebuah kalung yang menyimpan seribu misteri. Ros telah menolak pemberian Saiful yang cuba menghadiahkan kalung tersebut kepada beliau.

Bermula dari peristiwa tersebut menyebabkan Ros mula dirasuk oleh kuasa dari kalung tersebut dan pekerja-pekerja dipejabat tersebut mula diganggu oleh kuasa jahat yang terdapat pada kalung tersebut.

Che Wan dan Saiful mula dilagakan menyebabkan mereka berdua merasa saling tak puas hati. Kejadian-kejadian misteri yang berlaku telah menyebabkan Saiful dan Che Wan mula tuduh-menuduh antara satu sama lain.

Sedangkan masing-masing berusaha dengan memakai ilmu hitam untuk mendapatkan Ros. Dari situlah wujudnya dukun palsu yang cuba mengambil kesempatan atas situasi tersebut.

Akhirnya misteri kalung tersebut telah terungkai.

Kalung tersebut merupakan kalung pusaka peninggalan pasangan kekasih yang telah dibunuh oleh perompak dan merupakan lambang cinta mereka.

Cerita lanjut, korang layan sambil ketawa dipawagam bedekatan anda.

Trailer Filem Seram Sejuk

Meh layan gambar bro bersama para pelakon filem Seram Sejuk.



Bicara Bro : Kalau rasa bosan-bosan time raya ini.

Boleh layan cerita ini sambil makan biskut raya. Jangan tersembur dekat orang depan sudah la ek.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

14 thoughts on “Filem Seram Sejuk Menyerang Pawagam Hari Raya Ini.

  1. Harap tidak membosankan kerana akhir2 ini filem melayu komedi seram semakin merepek2 dan susah nak faham. Dan lagi muka hero tuh asik orang tu jer.. Boring gedegek…

Leave a Reply

Top