You are here
Home > Pengalaman > Beratus Surat Dari Peminat Diterima Sebelum Menjadi Blogger

17,437,136 total views, 991 views today

Beratus Surat Dari Peminat Diterima Sebelum Menjadi Blogger

Baru je lepas baca entry di blog Yana Yassin berkaitan zaman remaja beliau.

Hanya berskandal melalui surat. Mana ada facebook ataupun handphone nak sms sms nie.

Teringat lagi zaman bro memuda, beratus pucuk surat bro terima tiap-tiap bulan. Kalah artis, rasanya pada tahun 2000 – 2005 sebelum bro jadi blogger.

Penat juga nak balas surat satu persatu walaupun bro tulis tak de la panjang mana.

Paling best ada yang hantar gambar, comel la juga. Ada yang nak ajak couple dengan bro, nak jadi adik angkat mahupun akak angkat.

Nak jadi awek angkat pun ada (skandal).

Time tue agak playboy gak la bro. Mainkan hati perempuan, sayang diucapkan bukan pada sorang.

Tapi semuanya dinyatakan dalam surat je. Seminggu juga nak tunggu balasan dari dorang.

Sian bro tengok pakcik posmen hari-hari datang rumah bro hantar surat. Dah arwah pun beliau. Al-fatihah.

Apa-apa pun perkenalan bro dengan mereka masih kekal sehingga kini (walaupun bukan semuanya)

Ada yang jd member di facebook (entah macam mana dorang dapat cari bro dekat facebook) ada juga yang jadi silent reader di blog bro since 2006.

Ada juga yang dah kahwin dan ada anak.

Kalau balik kampung, rasanya ada satu kotak je surat2 yang masih selamat dalam simpanan bro. Selebihnya dah dibakar oleh mak bro.

Dia cakap nak buat apa simpan surat berkotak-kotak. Jadi tempat pembiakan lipas je.

Apa-apa terima kasih bro ucapkan kepada mereka semua yang sudi menjadi kenalan surat menyurat (dah lupa termnya)

Dan terima kasih sebab sudi jadi skandal mahupun awek bro.

Bicara Bro : Teringat juga satu kes, ada family tue nak kenenkan bro dengan anaknya pada tahun 2004 sebab tengok kami asik berutus surat tiap-tiap minggu.

Erm apa cerita dia ek. Ingat lagi ayah dia call ajak datang rumah.

Kenangan….

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

31 thoughts on “Beratus Surat Dari Peminat Diterima Sebelum Menjadi Blogger

  1. Walaupun sempat dengan zaman berutus surat ni, tak merasa la pulak menerima surat sampai beratus.

    Bro memang ada tarikan ni. Sebab tu ramai yang nak masuk line. =D

  2. Patutlah dulu Pos Malaysia dapat untung banyak… Rupanya ini disebabkan Bro dan “rakan2 skandal” bro yang rajin beli setem..

    Sekarang ni disebabkan Bro dan “rakan2 skandal” Bro dah kurang beli stem, terpaksalah harga stem dinaikkan.. hehehe..

Leave a Reply

Top