Berapa ramaikah antara kita yang pandai membaca tulis jawi?

Mungkin ada diantara kita yang didedahkan dengan tulisan ini sewaktu sekolah dulu dan mungkin jika ada yang tiada.

Dan mungkin juga ada yang sudah terlupa bagaimana nak membaca tulisan jawi walaupun dulu pernah memperlajarinya.

Baru-baru ini,

Bro dapat cenderahati dari Petronas.

Terdapat tulisan jawi yang di khatkan diatasnya. Menggunakan tulisan khat khufi.

Ada seorang bertanya pada bro apa yang ditulis padanya. Dengan spontan bro menjawabnya “………….” (mana boleh bagitau apa yang bro baca).

So disini bro nak tanya, apakah yang ingin disampaikan oleh tulisan jawi tersebut.

Jom kongsi di ruangan komen dibawah. Salah tak apa, jika tidak tahu pun tak apa. Kita sekadar berlajar, tak perlu malu.

Bicara Bro : Baru-baru bro temui dokumen dalam tulisan jawi yang mengejutkan bro. Hope ianya tidak akan menghantui hidup bro akan datang.

Teringat lagi, bro tolak 2 tawaran Sekolah Agama Berasrama Penuh sebab nak beralih arah.

Erm… kalau tulis jawi tak boleh nak baca, bagaimana anda membaca Al-Quran ek?