You are here
Home > Iklan > Advertorial > Balik Kampung Buffet Ramadhan Di Eccucino, Prince Hotel KL

17,417,174 total views, 5,569 views today

Balik Kampung Buffet Ramadhan Di Eccucino, Prince Hotel KL

Pakej Balik Kampung Buffet Ramadhan dari Eccucino, Prince Hotel Kuala Lumpur mampu membawa nostalgia kepada anda yang berjauhan dan tidak berkesempatan untuk berbuka puasa di kampung halaman.

Pening memikirkan lokasi sesuai berbuka puasa?

Mungkin di sini tempat yang paling sesuai untuk anda jika ingin berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat anda.
Buffet Balik Kampung ini menyajikan lebih daripada seratus jenis menu masakan istimewa dari seluruh Malaysia.

Sesuai dengan tema balik kampungnya, anda akan berasa seperti berada di kampung sendiri. Ini kerana kebanyakan menu istimewa dari setiap negeri di Malaysia ada disajikan di sini.

Kedatangan bro disambut oleh Chef Shahrom dan juga Chef Jason.

Mereka yang menyediakan juadah berbuka pada hari yang bro berbuka di Eccucino, Prince Hotel Kuala Lumpur.

Antara juadah utama yang disajikan.





Bukan itu sahaja,

Bagi mengembalikan nostalgia, lemang termasuk rendang dan satay juga disediakan.


Kambing panggang juga disediakan.

Betul-betul di pintu masuk Eccucino sebagai daya penarik kepada pelanggan yang datang.

Memang banyak juadah yang disediakan untuk berbuka.

Jom usha beberapa hidangan yang bro nikmati semasa berbuka di sini.





Banyak tak bro makan?

Bro stay di sini dari waktu berbuka sehingga pukul 9.30 malam. Bro menikmati satu persatu juadah. Ini baru cara betul menikmati buffet.

Untuk pengetahuan anda, Pakej Balik Kampung Buffet Dinner berharga RM105/seorang. Complimentary untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Anda juga boleh menikmati diskaun sehingga 30% dengan hanya bergambar di rumah kampung yang mereka sediakan.

Kemudian anda upload di laman facebook. Jangan lupa tag facebook page Prince Hotel & Residence Kuala Lumpur pada gambar tersebut.

Contoh seperti gambar dibawah (gambar bro tak jadi, terpaksa pakai gambar muka member bro)

Hubungi pihak pengurusan mereka melalui emel public.relations@princehotelkl.com.my untuk mendapatkan voucher berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.princehotelkl.com dan untuk tempahan anda boleh hubungi mereka di talian 03-21708888

Bicara Bro : Kalau bro buat contest dimana anda berperluang untuk berbuka puasa di hotel ini.

Korang nak join tak?

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

28 thoughts on “Balik Kampung Buffet Ramadhan Di Eccucino, Prince Hotel KL

Leave a Reply

Top