Di sini bro ingin kongsikan video yang bro temui di laman Youtube dimana video memaparkan majlis perkhawinan sepasang kanak-kanak berusia belasan tahun.
Dari maklumat yang terpapar pada video.
Pengantin lelaki bernama Shafiq berumur 16 tahun manakala pasanganya, Yana berusia 14 tahun.
Muda sangat umur mereka tue,
Tapi muka masing-masing nampak matang dan mungkin ada sebab family mereka menyatukan mereka. Siapa tahu kan.
Bicara Bro : Ramai keluarga malu dan menegah bila anak mereka ingin berkahwin pada usia muda (sedangkan baru awal 20an umur mereka).
Tapi agak kurang juga keluarga yang malu atau menegah anak mereka berpelukkan dengan bukan mukhrim siap melakukan maksiat dibelakang mereka.
Renung-renungkan bersama.
Bagi saya ini bukanlah satu isu… kahwin muda, atuk nenek kita dulu pun kahwin muda, umur 13, 14 tahun dah kahwin dah… yang jadi isu ialah pasangan yang tak berkahwin tapi macam macam hal diorang buat. Paham paham je la…
betul tue.
Zaman sekarang, ramai yang kahwn muda tapi tak nikah. Berbeza tue kan.
Betul, betul tu bro. Baik kahwin dari buat bukan bukan. Saya tak taula apa pandangan orang lain terhadap pasangan muda ni, tapi bagi saya takde masalah la…saya sendiri pun kawin muda….ha… sekarang ni anak pun dah primary school dah…untung tau, Bro…
bila kahwin muda ni, ramaila yang nak bawak mulut… tapi cermin cerminkan la…tu… yang tak kahwin berlambak tepi jalan, pegang sana pegang sini…buat menyemak je…
Muda sangat.. tapi kalau fikiran matang apa salahnya..
Nurul cari la orang yang matang ek
suka time dikir perempuan tu..hehehe comel
Kahwin lambat pun salah, kahwin awal pun salah.. susah nak puaskan hati manusia..
Biasa la. semua benda boleh dijadikan isu.
Kahwin senyap2 pun salah kahwin besar2 pun salah, kahwin sederhana pun salah..
apa-apa pun semoga dorang berbahagia selamanya. Selamat 2 Umat Nabi Muhammad dari godaan zina..
Anyway, broframestone bila?? hehehe
Bulan 11 nie
kahwin muda banyak kelebihannya..
Cer kongsikan kelebihannya, nak gak baca..
buat entry terus, nant tag bro ek :)
tak kisah la kawin muda pun asalkan org tua restu… boleh elak drp perkara yg tak elok… kalau nk pegang2 tangan pun xde sapa nk marah… dh halal kan…
Semoga kekal hingga ke akhir hayat buat adik Yana&Syafiq ;-) may Allah always bless you all.
Tau xpe. Itu lagi bagus sebenarnya
Tak salah kalau keluarga mengizinkan…
Yang penting kedua-duanya sedia untuk memikul tanggungjawab…
;)
Bro rasa dah bersedia nak memikul tanggungjawab beristeri dua.
tapi tiada sesiapa nak izinkan he..23x
Suatu ketika dahulu ia adalah perkara yang normal. Zaman sekarang mahukan ekonomi mereka stabil dahulu.
betul tu.. sekarang semuanya perlukan duit
Sebab tue ramai yang berumur 30-an baru kahwin dan bagi alasan ekonomi tak stabil sedangkan gaji tiap2 bulan habis untuk berhibur.
Nak buat macamana banyak sangat dugaan yang mendatang.
malu malu gitu, hehhee
yang penting dah bersedia..
Semoga mereka berjaya mengharungi alam perkahwinan dengan jayanya.
tengok muka dorang masih budak2 lagi.. huhuu..
Ala, baru nk tgk…utube kena blocked lak kat opis ni…ishhh… :D
Balik nanti tengok la videonya :)
perghh..aku tak de masalah dgn isu kawin muda ni sbb aku pun kawin muda gak dulu..yg menjadi isu ni adalah nak pertahankan rumahtangga tu..aku harap pasangan tabah merempuh segala rintangan
hmmm… mesti ada sebab berlangsungnya perkahwinan ini. Yang pasti, hanya mereka & keluarga mereka sahaja yang tahu…
Semoga mereka kekal bahagia dunia kahirat. paling penting, satu pintu kejahatan sudah tertutup.
kahwin muda lagi bestt!
Elok kahwin awal kalau dah ada sokongan keluarga daripada dibiarkan berpacaran.