March 29, 2024

Tak Payah Pakai Kereta Jika Tak Tahu Cara Tukar Tayar

Dah lama bro tak membebel.

Akhirnya bro membebel juga. Bukan senang nak tengok lelaki membebel. Jangan ingat perempuan je tau membebel.

Nasiblah sesiapa yang bersuamikan bro.

Kalau tak larat nak tanggung bebelan bro, elok bermadu. Boleh share-share he..23x

Dapat call dari si dia.

Dia tak berani nak keluar kereta, mungkin sebab trauma dan mungkin juga sebab bahaya (ke sebab malu).

Sebab tayar kereta sebelah depan pecah.

Tak pasal-pasal bro kena cari dia dekat sekitar Petaling Jaya. Harapkan landmark Menara PJ je. Itu pun terpusing-pusing bro mencarinya.

Sambil mencari-cari tue sempat juga bro membebal tanya ada tak alat nak tukar tayar.

Jawapan yang bro terima cukup power dan menguji tahap kesabaran (walaupun dalam hati dah gelak-gelak sebab dapat gertak si dia).

“Ada, tapi dekat rumah”

Selamat bro ada bawa, kalau tidak……  (sila abaikan)

Akhirnya selesai juga kerja-kerja menukar tayar dengan penuh keikhlasan dan kash sayang bersertakan bebelan.

Lepas tue, terpaksa keluar duit beli tayar baru, sebab tayar tue dah tak boleh pakai.

Baru beberapa bulan angkat kereta nie.

Bicara Bro : Malas nak membebel,

Tapi rasanya nak juga membebal pada Produa.

Awat tayar spare dah macam tayar kereta tolak je. Kecik sangat, boleh pakai kejab je la.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

22 thoughts on “Tak Payah Pakai Kereta Jika Tak Tahu Cara Tukar Tayar

  1. nak celah bebel gak ler kat perodua..
    tayar nya memang kecik.
    terfikir gak tayar ni kukuh ke tak ni..
    macam boleh tercabut lak tengok

  2. malam tu tengok… elok je. keta baru ni. maakkk aiii cepatnya boleh pecah. confius betul…

    anyway, jangan marah si dia. kesian. dah lah panik, kena bebel lagi. tak baik tau! nanti pergilah pujuk dia…

    p/s: kak mia pun tak kuat nak bukak skru tayar, ketat sungguh. nasib abang ko ni kuat boleh tolong bukakan… heheheh..

    1. tayar tukar sebeum balik johor kak…

      best juga bebel2 sambil buat kerja… he..23x baru nampak keikhlasan sikit he..23x

      Tak susah pun nak buka skru tyar.. senang je (kalau kena dnegan caranya la kan)

  3. Tayar spare kereta baru adalah tayar mati dan kecil kerana mudah untuk muat ruang penyimpanan. Ala buka tayar patut ada didalam kereta kalau tidak macam mana hendak buka.

  4. Bukan tak reti tukar…
    almaklumlah kaum hawa nie lemah….
    su kalau tayar kete pancit su tak reti nak ganti sendiri….
    teknik dan cara tu su tau ….tapi kudrat tak mengizinkan,,,

  5. Biasa dah kalau tayar ganti kecik ni. Memang nampak terencat sikit la kereta kalau guna tayar ganti tu.

    Eh, macam mana boleh tinggal kat rumah alat-alat tukar tayar tu. Penting tu. Baik tinggal dalam bonet belakang je.

    Gertak manja dah la Bro. =D

Leave a Reply to azman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *