Jinbara muncul dengan album terbaru edaran Warner Music Malaysia, yang berjudul “KOLABORASI MENTAL”!

Melalui album ini,

Jinbara buat julung kalinya berkolaborasi dengan artis-artis tempatan dengan menyanyikan lagu-lagu malar segar yang masih menjadi pilihan sehingga kini.

KOLABORASI MENTAL memuatkan 5 buah lagu yang tentunya dinantikan oleh para peminat kumpulan kegemaran ini!

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah :-

  1. Oh! Mama Saya Mahu Kahwin (Jinbara & Awi Rafael)
  2. Milik Siapakah Gadis Ini (Jinbara & Fiq)
  3. Chinta (Jinbara & Cdin Taxi)
  4. Hilang (Jinbara)
  5. Biru Mata Hitamku (Jinbara & Ramli Sarip)

Album ini boleh didapati dengan harga RM21.90.

Sebagai sebahagian rangka promosi KOLABORASI MENTAL oleh Jinbara, sebuah ‘showcase’ akan diadakan pada 6 Julai 2012.

Pada majlis ini nanti, para hadirin akan dihiburkan dengan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album KOLABORASI MENTAL dan juga beberapa persembahan daripada barisan artis jemputan.

Anda dijemput beramai-ramai memeriahkan showcase JINBARA!

Tiket persembahan akan mula dijual di pintu masuk Sixty3 Club, Sheraton Imperial Hotel, Jalan Sultan Ismail pada jam 6.30 petang pada 6 Julai 2012, dan boleh diperoleh dengan harga hanya RM25.00 sahaja!

Bicara Bro : Bila sebut nama Jinbara.

Terus bro ingat lagu Farhana. Ada sesiapa gadis bernama Farhana tak disini :)

Jom kita memeriahkan showcase ini.