April 25, 2024

Satu Permulaan – Aku Terima Nikahnya

Aku terima nikahnya.

Ini yang bakal aku lafazkan nanti.

Ianya bukan sekadar lafaz, tetapi lebih dari itu. Dimana ianya satu urusan antara aku dengan walimu.

Yang dinyatakan sebagai akad.

Yang disahkan oleh saksi yang menyaksi.

Yang persetujui sebagai nikah.

Maka waktu itu kau menjadi milik ku.

Service bertukar tangan, tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh wali-wali mu akan dipindahkan kepadaku. Begitu juga dengan dosa-dosa yang bakal kau lakukan, semuanya ditanggung oleh ku.

Makan minum mu, tempat berlindung mu, nafkah mu dan maruahmu juga perlu aku jaga.

Ini yang bakal aku tempuh selepas aku melafazkan “Aku Terima Nikahnya….”

Bicara Bro : pagi-pagi bro dah bermadah begini, makin xsabar rasanya nak keluarkan buku sendiri.

Buku “Aku Terima Nikahnya” yang ditulis oleh Hasrizal Abdul Jamil, author bagi saifulislam.com bro beli untuk bro baca, mungkin ini satu permulaan.

Siapa yang tahu :)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Satu Permulaan – Aku Terima Nikahnya

  1. salam bro.. buku ni memang menarik utk dibaca.. i oso had a copy of it.. sungguh tertarik dengan cara kehidupan dia as a student, husband.. and a father..the best part masa dia nak cari calon isteri.. wahhhh.. terkesima daku membacanya ok.. banyak benda kita bole dapat dari buku ni.. cara penceritaan dan pengolahan pun menarik.. ada banyak lg tajuk lain dr pengarang ni ok.. he’s a blogger too :).. happy reading.. nnti nak menikah mai jmpput naa.. kehkehkeh

  2. macam daaa memanggil pula bau nasi minyak ni taw..
    ehh heran plak.. napa asal orang nak kawin jak kena kait kan dengan nasi minyak? sedangkan time org kawin pun, belum tentu dorg ada serve nasi minyak..

    p/s : bro,kalu nak kwin, jangan lupa jmput taw.. terus saya booked tiket flight skali heheh

  3. wahhhh.. kalau dah beli buku ni.. tandanya dah tak lama lagi ni…. kena siapkan diri untuk ke gerbang perkahwinan, baik rohani mahupun jasmani…

    p/s: sukanya…

  4. Kena grab satu ler nih.. Aku juga suka menulis novel tapi
    utk peribadi sahaja.. mana tau dah meletop tak larat nak simpan aku jadikan bukulah.. hik3.. kau sudi baca ker?

  5. Salam Bro..

    Buku tu tentu menarik untuk di baca.. Lebih-lebih lagi orang bujang macam Bro..

    Semoga lepas baca buku ni dah ada perancangan untuk pergi ke level yang seterusnya untuk “mendirikan masjid”.. dan juga untuk menulis buku.. ;)

    Saya setakat ni baru berjaya menulis dua ebook.. Walaupun saya bagi kedua-dua ebook tersebut secara percuma di blog saya.. Tetapi sambutannya tidaklah begitu menggalakkan..

    Tapi saya berpuas hati.. sekurang-kurangnya ada juga yang menghargai usaha saya untuk menyebarkan ilmu dan menggalakkan orang rami supaya suka membaca ;)

    1. Bro tak minat tulis ebook.

      Sejak tahun 2007, bro memang dah ada rerakan yang ajak bro tulis buku dan berkarya…

      tapi smapai sekarang tak buat2 lagi

  6. Sudah pasti selepas shake hand tangan tok kadi maka tergalas tanggungjawab tambahan iaitu mengambil alih wanita yang sudah bertukar status menjadi isteri. Kalau sebelum ini anak perempuan semua tingkah laku dan amalan ditanggung oleh seorang bapa kini diambil alih oleh si suami.

  7. Buku dikarang sebegitu rupa,
    Tajuk dicipta penuh tertanya-tanya,
    Pasti peminat akan beli punya,
    Banyak tersirap seribu makna,
    Buka diterbitkan ketika tiada kerja,
    Sekadar mengisi masa terluang saja,
    Itupun perlu disemak secara sekala,
    Bolehlah dibeli jikalau ada minat membaca.

    *p/s – kempen secara tak sengaja.

Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *