Baru-baru ini Metrowealth (MIG) telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama artis-artis dibawah naungan MIG dengan beberapa penghuni rumah kebajikan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Majlis ini telah diadakan di perkarangan Wisma Metrowealth di Petaling Jaya Convention Centre (PJCC).
Antara rumah kebajikan yang terlibat adalah :-
- Rumah Kasih harmoni Paya Jaras (Sungai Buloh)
- Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah (Batu Caves)
- Persatuan Anak-Anak Yatim & Ibu Tunggal Taman Medan (Petaling Jaya)
- Madrasah Anak-Anak Yatim & Tahfiz Al-Quran Hashimiah (Batu Caves).
Antara artis naungan MIG yang turut hadir seperti Shaheizy Sam, Nora Danish, Farid Kamil, Yana Shamsudin, Along Cham dan lain-lain.
Tidak lupa juga kepada artis baru mereka seperti Wawa Zainal dan Zalif Sidek.
Pada majlis ini, Major (K) David Teo telah memberi sumbangan beliau dalam bentuk duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir sama ke majlis ini.
Tetamu yang hadir juga turut diberi duit raya terdiri dari media, blogger dan juga rakan artis.
Terima kasih bro ucapkan kepada pihak Metrowealth kerana sudi menjemput bro ke majlis ini.
Nantikan filem terbaru dari mereka iaitu Seram Sejuk pada hari raya ini.
Aik? Bro pun dapat duit raya? Belum raya lagi dah dapat.. best best..
Mr David bagi awal sebab dia tahu susah nak jumpa bro.
Harap janji tapi belum pasti he…23x
hamboih :D
Ops….!!! he..23x
what i like about Mr. David coz dia pemurah. I like him
Dia memang pemurah, memang dia fokus dan jaga baik blogger2 dia.
Wah sudah macam best friend. Tanniah bro. :-)
Lu langsi, tak ada sesiapa mahu kawan sama lu ma…
Semoga usaha mereka berbuka Puasa yang sudi menyumbangkan wang ke rumah-rumah kebajikan diberkati dan dirahmati… Amin..
Harap macam tue la kan.
Tak ramai tokey2 cina yang sanggup buat macam nie. Fokus pada orang melayu.
wahh..hensem plak david teo nih. hehe..
baguslah.. kekayaan dikongsikan bersama..
wahh! bro dpt duit raya tu. awalnye….
Alhamdulillah rezeki anak anak yatim, org baik mcm david ni elok didoakan dpt petunjuk, aamin
Wah, kamceng betul Bro dengan Mejar. Untunglah dapat duit raya awal-awal lagi. ^_^
Tak kamceng macam mana nak masyuk kan he..23x
untunglh ….