Alhamdulillah,

Sejak hari pertama berpuasa tidak putus-putus bro terima jemputan berbuka puasa.

Ada sekadar jemputan biasa dari kenalan dan ada juga jemputan dari hotel mahupun restoran tertentu yang ingin meminta perkhidmatan bro mempromosikan pakej berbuka yang mereka tawarkan.

Tapi malangnya,

Tak semua jemputan bro dapat pergi.

Bukan sebab bro memilih ataupun berlagak tak nak pergi.

Cuma lokasi dan masa tidak sesuai dengan keadaan bro.

Kadangkala jeles juga tengok ada rakan blogger makan dekat sana sini. Bro pula hanya makan bersama dengan budak rumah bro.

Dan tahun ini tahun last bro berpuasa bersama mereka. Selepas nie, bro dah tak duduk disini.

Rumah yang bro diami sejak tahun 2005 hingga sekarang.

Bro akui yang bro akan terima jemputan yang berbayar (sebab ini termasuk dalam pakej pengiklanan di blog bro). Jika tidak, ianya bergantung pada faktor-faktor dibawah :-

  1. Lokasi (kalau boleh kebarangkalian sesat tipis)
  2. Masa (bro tak sanggup berada berjam dalam kereta untuk ke sana).
  3. Kos (minyak + tol + parking).
  4. Kesihatan (Bro bukannya sihat sangat).
  5. Tidak bertindih dengan jemputan yang lain.

Apa-apa pun terima kasih sebab sudi menjemput bro selama ini.

Dan maaf dari pihak bro sebab gagal menghadirkan diri walaupun bro dah nyatakan bro tidak dapat pergi. Jangan segan nak jemput bro berbuka bersama.

Bro juga ingin minta maaf kepada rakan-rakan bro yang bro terpaksa tolak jemputan korang untuk berbuka bersama-sama.

Bicara Bro : Kesihatan bro kurang memuaskan.

Kalau korang perasan, bro macam kurang update blog dengan info dan perkongsian yang menarik.

Selamat berpuasa ek.