April 25, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 24] Semua Event Nak Pergi Tapi Haram Muka Tak Nampak

Entry ini bro tujukan kepada beberapa golongan blogger yang bro perasan wujud dalam persada blogging di Malaysia.

Bro tahu, ramai yang jeles tengok sesetengah blogger yang dapat jemputan untuk attend event itu, event ini, bergambar dengan artis, dapat banyak free gift yang mahal-mahal.

Tue yang buat ada blogger yang teringin nak jadi seperti mereka.

Tak apa, bro tak kisah. Siap bagi perluang lagi sapa-sapa nak join mana-mana event yang melibatkan blogger.

Bro siap open di laman facebook bro. Sesiapa pun boleh turut serta hadiri event dengan bro. Bro open pun sebab tak nak ada orang melabelkan bro pilih bulu sebab asik bawa blogger yang sama sahaja ke mana-mana event.

Bro dah open,

Semuanya terletak pada anda sama ada berminat atau tidak sahaja.

Jangan sampai bro dah upload pic dekat facebook, sudah update di blog. Sorang-sorang menyalak cakap kenapa bro tak ajak dorang.

Golongan ini ok lagi.

Ada satu lagi golongan.

Bro bagi muka, tapi tapak kaki dorang tenyeh pada muka bro. Sedikit pun macam tak hargai apa yang bro buat pada mereka. Macam keikhlasan bro ini dipersenda-sendakan pun ada juga.

Bila bro ajak mana-mana event. Nak aja join, dalam masa yang sama event itu nak pergi event ini nak pergi. Last-last event yang bro jemput juga tak pergi.

Sebabkan golongan-golongan macam ini la buat sesetengah blogger yang sanggup bagi komitment tak dapat pergi. Biasalah jemputan bro adalah terhad bukan sesiapa pun boleh turut serta.

Kalau boleh 10 blogger yang bro jemput, dalam 8 orang boleh hadir ok lagi. Ini 2 orang je yang dapat hadir. Itu pun last minit bagitau tak dapat hadir sebab ada event lain.

Tak terasa ke hati bro?

Tak terasa ke hati blogger lain yang nak pergi tapi tak dapat pergi sebab kouta dah penuh. Dipenuhi dengan nama korang.

Sedangkan mereka yang duduk luar KL, sanggup turun KL sebab nak attend event yang bro jemput.

Kadangkala malu bro nak tayang muka pada penganjur bila dorang tanya “Bro, mana blogger yang u bawa?” sampaikan bro terpaksa cakap “Dorang on da way”.

Buruk gak nama bro di situ. Lagi-lagi bila banyak pihak penganjur mengenali siapa itu Bro Framestone.

Bro tak malu bergaul dengan korang walaupun diikutkan bro diberi pass VVIP untuk duduk sama dengan VIP atau media yang lain. Bro tolak tepi sebab nak layankan korang supaya korang selesa dengan event-event yang bro jemput.

Kadangkala cuba hargai apa yang bro buat.

Bukan bro sahaja, bahkan hargai la apa-apa yang orang lain buat untuk kita.

Ingatlah, kita bukan sesiapa jika tiada orang lain.

Bro harap dimasa hadapan, jika tak mampu nak bagi komitment, jangan la terkejar-kejar semua event yang ada. Kita hanya orang biasa, bukannya mesin atau robot yang boleh buat.

Bicara Bro : Bro sendiri pun memilih event untuk pergi.

Bro lebih utamakan event yang berbayar dan memberi manfaat kepada bro. Jika tidak, pilih yang mana bersesuaian sahaja.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

89 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 24] Semua Event Nak Pergi Tapi Haram Muka Tak Nampak

  1. kalau saya duduk dkat KL, and bro ajak join event,. sure saya nak pergi.. walau 1 event jak.. tapi nak buat mcm na.. Sabah jauh.. kalau bro sponsor tiket ok juga. hahaha..

    tunggu la rezeki sambung stdy kat sana.. mana taw masa tu bro invite blogger join event, dapat juga pergi.. hehe

    takda kaa penganjur yg nak buat event kat sabah and invite bro? :D

    1. Bro doakan la ek kamu dapat sambung berlajar di semenanjung.

      Amboi nak bro sponsor ek. Meh kahwin dengan bro, jangan kata tiket, tempat tinggal pun bro sponsor nanti.

      Buat masa sekarang, tiada mana-mana pihak nak invite bro ke Sabah :(

    2. amin..
      terima kasih bro..mudah mudahan ada rezeki smbg stdy kt sana.. hehe..

      nati my try tnya dekat pihak UMS kalu dorg ada plan nak buat event melibatkan blogger, blh invite bro.. hehe

    1. Alhamdulillah,

      Buat masa sekarang dengan Deq Noor bro masih tiada masalah.

      Sebab if deq noor tak boleh datang, deq noor tetap bagitau bro awal-awal.

  2. Oh tidak , kalau saya tk boleh pergi maka jawapan tak boleh pergi …

    Sebab banyak keutamaan lain selain dari blog , harap bro faham n tak marah saya heheheee

    1. Dengan Kak Bee pun bro tiada masalah.

      Sebab saya faham situasi kak bee. Cuma saya tujukan pada gelongan yang terkejar-kejar nak g event sana sini, last2 xnampak muka.

      Contact pun tidak.

      Tapi nak marah gak kak bee. Sebab sampai la nie xpernah ajak datang rumah perkena udang masak tempoyak seperti yang kita pernah tweet dahulu

    2. Bee jangan ajak ajak ayam je, Bee… saya terjah rumah Bee nanti! LOL! Saya ni kalau bab pi rumah terbuka rumah kawan, memang suka sangat… hahahaha…

    1. Bro tak kisah takat nak having fun or buat hal sendiri. Ini muka pun xnampak.. Apa kes..??

      Kadangkala jemputan limited, if rasa tak boleh bagi komitment baik bagi bro open pada blogger lain yang lebih berminat :)

  3. biasa la tu bro. komitmen ni bukan senang org nak bagi. btw skang ni aku mmg x dpt sgt nk join event. bz skit nak siapkan projek :)

    1. Bro tahu mu bz, sebab tue tak direct invite mu.

      Ini kes bro open dekat wall sebab takut ada orang ingat bro pilih bulu tang pilih blogger bawa g event.

      Nie nama dah bagi, muka xnampak, call or sms pun xde.

      Bila bro balik, check2 dorang pergi event lain. Susah ek nak inform bro awal2?

    2. hehe.. tu la. pas raya nanti insyallah start blk join2 event. ni nak siapkan mane yg perlu dl. tgh ade projek nk setelkan skang ni :)

  4. heeee.. redha jela bro.. mmg slalu tuh la yg terjadi.. ape2 pun mark je muke diaorg agar tak terkena 2 kali org yg sama.. tpi kdang2 mmg btoi ada emergncy :) tpi laen kali try suruh 2 or 3 org stanby yg mane dekat2 :)

    1. Susah juga nak buat standby beb.

      Tapi paling malang if yang datang pun muka standby je. Mahu tak sedih bila tengok lagu nie.

      Bro tak suka mark2 orang. Kita kena positive bila berurusan dengan orang lain. Baru orang selesa berurusan dengan kita :)

  5. Adusss… kalau saya tak dapat pergi, saya akan bagitau awal awal kalau ada clash ke apa.Kesian kat bro kalau dah invite, tapi pas tu, tak attend. Harap harap, lepas ni, ada event yang saya bolehla jumpa bro. Kelmarin saya pergi launching 701 pages, tapi takde jodoh lagi nak jumpa bro.

    1. Dengan bro memang susah nak jumpa he..23x Sebab kenkadang ada 2-3 event serentak, so kena fokus pada event yang lebih utama :)

      Ala jangan la majuk dengan bro ek :)

    2. LOL…takpe..saya paham, kengkadang memang clash dengan event kat sana sini, so Bro tak boleh pergi semua tempat. Takdelah merajuk… lol…cuma pikir entah bila la nak boleh jumpa bro. :D

  6. Saya pun mcm tu juga bro.. Bila kita update kat blog ade je yang kata

    “Best nyeee… UNTUNGLAHH….”

    “UNTUNGGGGNYEEE”

    “MACAM MANA U DAPAT EVENT NI SEMUA…”

    Kadang2 bukan taknak share event, tapi sering kali event yg kita dapat tu, dia invite direct kepada kita… dan biasanya satu invite tu untuk dua orang saja atau single invite. So macam mana nak bawak ramai-ramai ye dak..

    Tapi bila ada event yang kita berpeluang nak bawak blogger, kita offer pada orang.. Bila kita offer kat orang, dijanjinya kita macam-macam. Tapi hingga ke last minute nak confirmkan pada penganjur, mereka-mereka yang duk berjanji ni senyap gituuu je.

    Kita lak yang tebal muka dekat penganjur nak jawab bila dorang tak jadi last minit. Tapi Nisa tetap bersangka baik, mana tahu dorang betul-betul ada hal atau kecemasan ke kan..

    Apa-apa pun,kepada mereka yang minat nak join event2 ni semua, ada baiknya dorang confirmkan awal-awal. Kalau dah ade rasa ragu-ragu sama ada boleh datang ke tak, baik tak payah je. Ramai lagi yang nak kan peluang2 mcm ni..

    Betul tak bro?

    (ehhh panjang pulak komen aku)

  7. nurul rasa tak pernah lagi kot nurul tak pergi event yg bro ajak nurul… Kecuali kalau nurul ade hal yg x dpt dielakkan.. Hehehe

    Terima kasih bro.. Sebab selalu ingat nurul.. :-)

    1. Bro selalu je ingat Nurul, Nurul je kenkadang tak ingat dekat bro.

      Tau-tau je dah ada dekat sana, dekat sini.

      Cam mana nak jadi PA bro nie he..23x Nak gak ada orang remind ada event itu ini.

      Dah lama gila tak jumpa Nurul. Rindu bangat

  8. btol bro..itu tamak haloba namanya kalo bila kt offer invi gi event sume bley join..ptotnya, be a good management bloggr..perlu tahu jadual diri sndr. arrange n manage lelok..nak2 utk bkn fulltime blogger, kompom2 ada komitmen ngn keje ofis mahupun kije lain..bagi aku, kalau aku 100% kompom bley pegi, mmg ak trima event tu, tp kalo 50%, mmg gua tolak..dunia blogging kt mesia ni xbesar mana, skali dh busuk nama, mmg susah nak wangikan smula..correct me if im wrong bro!

    enjoicE!

    1. GK kena alert dengan status bro dekat fb.

      Pasal event Petronas hari tue bro minta maaf, dorang tukar plan. Dorang nak blogger yang high trafik + rank. Sebab dorang bayar untuk dtg n tulis dekat blog

  9. Kalau ikutkan mahu saja pergi semua event cuma masalah komitment kerja agak terbatas sedikit.

    Sedaya upaya akan berusaha menjayakan event yang dianjurkan. Memang benar sekali kalau jumlah yang hadir tidak memberansangkan jenuh hendak menjawab dengan pihak pengajur.

    1. Kan…

      lagi satu bukan semua blogger boleh dijemput.

      Lagi-lagi kalau part postmoterm memang parah, dorang sure tanya blogger yang bro bawa ada tulis entry ke tak

  10. salam,

    dalam banyak2 entry blog bro, ini yang paling ruby suka. ruby terkesima, ruby support dan ruby rasa nak terajang blogger2 yang janji hangat2 tahi ayam. even ada blogger yang cancel pun tak bg tau! Yang last pun ada. At least bg la tahu awal 4 jam ke. Boleh la car pool mana2 blogger yang minat nak join. Hmmm.. Patut banned je blogger yang dah 4 kali buat tahi ni.. Geram i tau.. hehehe. Tapi i tak geram dengan bro. :p

  11. saya baru dua kali jumpa bro..itu pun event nuffnang..belum ade peluang terpilih dan join event selain nuffnang..hehe

    memang seronok jumpa bro kat event hehe..

  12. The point is jangan TAMAK! berilah peluang pada orang lain pulak kan. kalau tak boleh datang cakap tak boleh.. and dulukan mana yang perlu di dulukan.. so tak menyusahkan orang lain.. peace no war..!

    *first time taw beranikan diri komen kat blog femes.. :) *

  13. Hurm, saya cuma blogger picisan. Harap saya bukan lah org yang Bro maksud kan yaaa. Kita nie buat part time blog, so memang ada event yg tak dapat pi kerna kerja or hal lain. Sebab tue bila bro tulis kat FB , kita tanya dulu bila… But, kita tak pernah diam seribu bahasa kan…:))

  14. Ini memang isu panas untuk blogger ni.

    Sejak dah mula berkerjaya, payah pulak nak bagi komitmen kalau ada event macam ni.

    Terima kasih untuk Bro yang pernah ajak, tapi terpaksa menolak sebab tak dapat memenuhi.

    Eh, gambar kat sini pun ada yang tak keluar la Bro.

  15. hmmm.. ada beritahu bro balik tak kenapa tak datang?
    kalau ada it’s okey..
    kalau takde,nampak kurang professional sebab event2 ni kira hal2 penting dan bukan suka2.

  16. Myra selalu bayangkan betapa untungnya blogger yg duduk area KL/Selangor sana sebab berpeluang untuk p event2 yang secara tak langsung dapat meningkatkan diri dan selaim itu dapat memperkenalkan jenama blog sendiri.

    Rugi pada mereka yang melepaskan peluang yang mungkin sukar untuk orang lain rebut especially yang menetap di luar area tersebut.

    Myra teringin sangat nak join event at least sekali pun takpa.

    1st dan last masa Majlis Sepetang Denaihati-itu pun dah rasa seronok sangat :)

  17. uikkkkk ada muka kak mia plak kat sini… hehehehe terima kasih ya.

    maklumlah, kita ni dok nun jauh di selatan tanahair. orang pun pandang sebelah mata je…

    kalau boleh cuti, memanglah boleh join.

    p/s: jeles dengan blogger2 yang dok kl… peluang banyak di depan mata

  18. rsnya dh lame x join event under bro.. kdg2 keje cmni kita xleh nk harapkan keje ngan goverment yg mmg org takut bila xdtg. tp rsnya sume org penah rs cmni..

  19. macam2 hal..kalau tak dpt pergi kena bagitau la kan..aku tak pernah lagi join mana2 event..kalau dpt pergi event terutama dgn blogger yg saya minat ben ashaari

  20. entri ni pasti akan dapat komen yang tinggi…top entri…

    sedih juga bila baca luahan bro…walaupun tak mengalaminya sedikit sebanyak faham juga situasinya…saya pernah juga lalui benda macam ni..tapi bukan dalam situasi blogger… tapi situasi menguruskan event kelab permotoran sendiri…

    paling sakit nak hadapi ialah bila nak menghadap atau menjawab dengan pihak urusetia yang berurusan dengan kita…bila ada ahli atau peserta tidak hadir last minit, tak tahu nak jawab apa…garu kepala nak pikirkan nya…nak tak nak terpaksa la cover bukan-bukan walaupun tau akibatnya nanti…

  21. selalu nampak status update bro ajak blogger join pergi mana2 event kat fesbuk..kalaulah saya duk area kl boleh menyebok ikut..tapi saya kat penang..hehe..

    pernah je nmpk bro depan mata masa event digiwoww awards awal tahun hri tu..tu pun berpeluang pergi sebab temankan adik yg tercalon dlm kategri photography..tapi tengok dari jauh je la..segan kot nak tegur bro..kih3..

  22. mesti bro sound saya ni..yela2, sabtu ni saya datang..hehehe..entri ni best bro, setepek melekat kat dahi..headshot. :)

    p/s: typo dikesan lagi..tettt..tettt..”perluang”..hahaha

  23. Assalamualaikum,
    Sebab tu lah takut sangat nak berjanji walaupun hanya pertemuan blogger utk makan2 je. Baik tak payah janji apa2 kalau diri sendiripun tak pasti…bab susahkan tuan rumah tu satu hal, memalukan orang pulak dah.

    Bro, sila jgn offer apa2 kat saya sbb memang saya tak mampu nak menyanggup terima …boleh gitu? Ayat mcm diva ek?

Leave a Reply to Nurul Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *