Bro tak kenal dia ke? Dia itu blogger popular. Tak kan la bro tak kenal.

Maaf, bro memang tak kenal dia, bro mintak maaf sesangat.

Itu salah satu dialog yang pernah bro perkatakan baru-baru ini bila bersembang dengan kenalan blogger sambil usha blogger-blogger dihadapan bro.

Dunia blogging nie luas.

Popular?

Apa yang ada dengan kepopularan? Jika hanya popular dalam golongan blogger melayu sahaja (itupun dalam puak-puak tertentu).

Lebih kurang macam syok sendiri pun ada.

Ada blogger cakap bro nie popular + sombong. Lepas itu tak nak mengaku yang bro ini popular.

Perlu ke bro mengaku bro ini popular, sedangkan ramai blogger diluar sana yang tak mengenali bro.

Bro sombong?

Bukan bro tak nak tegur korang, bro sendiri pun tak kenal korang. Adakah korang nie blogger, kenalan facebook atau member-member bro.

Jangan bajet orang akan kenal anda (bukan bro sahaja) jika muka korang dengan muka dekat blog + facebook tak sama. (Bajet retis, dok pakai muka orang lain)

Bro teringat cerita dari Ben Ashaari.

Apabila ada seorang blogger yang Ben sendiri nak jumpa dan interview dia. Tetapi dia sendiri tak kenal siapa itu Ben Ashaari.

Ramai yang cakap Ben Ashaari itu popular, tetapi kenyataannya dia sendiri mengaku ramai lagi yang tak mengenali beliau.

Tapi bagi bro, Ben Ashaari pandai meletakan nama dan blog dia disatu tempat dimana bukan blogger sahaja kenali beliau tetapi masyarakat juga mengenali beliau.

Tak kisah melayu, cina atau india.

Itu yang bro nak.

Kadangkala bro terfikir sendiri. Kenapa ada juga blogger yang berpakat nak jatuhkan blogger lain. lagi-lagi blogger yang sebangsa.

Siap bro dengar cerita ada kumpulan blogger yang anti kepada beberapa blogger termasuk bro sendiri. Sedangkan tindakkan korang sedikit pun tak memberi kesan kepada bro (orang lain bro tak pasti).

Sebab bro tahu yang baca blogger bro bukan blogger sahaja.

Rasa terharu tertiba ada pembaca blog bro ajak berjumpa, ada yang jemput pergi sana-sini. Bila ditanya, mereka bukannya blogger.

Siapa mereka?

Biarkan ianya rahsia. Nanti korang pula yang terkejut.

Apa-apa pun terima kasih bro ucapkan sebab korang sudi baca blog bro yang simple dan terlebih merapu-merapan (term yang bro dah lama tak gunakan 2007-2009)

Baru-baru ini, bro ada berjumpa dengan beberapa orang blogger yang bukan melayu.

Mereka sedikit pun tak segan nak bertegur sapa dengan bro. Dorang mengenali bro walaupun bro kurang mengenali mereka. Sekurang-kurangnya bertambah lagi kenalan bro.

Hidup hanya sekali, tak salah kita mengenali orang lain dari menidak iyakan orang lain. Kerna korang kena sedar, korang bukan sesiapa didunia ini tanpa adanya orang lain.

Bicara Bro : Bro menulis bukan nak kejar trafik mahupun glamour semata-mata. Tapi ini kerjaya bro, tempat bro cari makan.

Bro tak akan sesekali musnahkan seesuatu yang bro bina sejak tahun 2006 iaitu nama broframestone dalam dunia blogging.