You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Lepak Bersama Rakan Sekolah Setelah Berbelas Tahun Tak Lepak Bersama

17,443,294 total views, 2,505 views today

Lepak Bersama Rakan Sekolah Setelah Berbelas Tahun Tak Lepak Bersama

Tak sangka, sudah berbelas tahun bro meninggalkan zaman persekolahan.

Satu zaman yang penuh dengan kenangan walaupun kenyataannya, bro sendiri dah terlupa apa kenangan yang pernah tercipta satu ketika dulu.

Rasanya dorang dah banyak kali ajak bro keluar, tapi baru semalam bro dapat luangkan masa dengan dorang.

Dulu masa zaman sekolah, semuanya ada perangai masing-masing yang mampu buat kami tergelak puas-puas dari pukul 9 malam sampai ke 2 pagi.

Fuhh lama tue,

Rokok sekotak sedikit demi sedikit dihabiskan.

Satu persatu cerita dibuka… Kuat gila memori korang ek, nak harapkan bro.. memory full sudah. Banyak benda dah dilupakan, ke terlupa.

Korang masih ingat siapa dalam batch kita yang pandai gunting rambut. Dan bro salah seorangnya, siap lepas habis SPM & STPM boleh berkerja dekat kedai gunting rambut.

Korang masih ingat bro berniaga burger dekat asrama.

Korang masih ingat yang bro tiada skandal or awek dekat asrama puteri. (kalau ada pun, bukan bro nak bagitau).

Korang ingat lagi semua cerita kekantoian korang, lawak pulak mendengarnya.

Semua itu kenangan kita bersama, sorang persorang dah berkahwin.

Sebelum balik, ada soalan bonus yang dorang tujukan kepada bro,

“Kenapa kau tak jadi kapten asrama?”

Biarlah rahsia. Hanya yang tahu sahaja tahu.

Thank beb sebab sudi lepak dengan aku, kalau idak, belum tahu bila lagi dapat lepak dengan korang.

Setinggi penghargaan bro tujukan kepada :-
– Zulkifli (Wartawan hiburan yang low profile tapi orang kuat Media Prima)
– Shahril (Arkitek)
– Shafizal (Minggu akan memulakan hidup baru di Singapura)

Mantap kerje dorang.

Bro pulak?

Hanya seorang blogger biasa. Inilah kerjaya yang bro pilih selepas berhenti kerja dengan goverment dan stop terlibat dengan politik.

Memulakan kehidupan baru dengan sesuatu yang baru menjadi orang baru untuk memiliki orang baru dalam hidup ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

9 thoughts on “Lepak Bersama Rakan Sekolah Setelah Berbelas Tahun Tak Lepak Bersama

    1. Update blog guna hp.

      Dah la xbaca balik apa yang ditulis. Memang banyak, lepas nie tak tahu ada masa ke x nk lepak dengan dorang.

      Bro tengah tunggu nak merantau jauh. Cari rezeki ditempat orang lain.

  1. Ala Bro.. Jadi full time blogger pun best juga..

    Bro bebas nak buat apa yang bro suka tanpa terikat dengan sebarang peraturan atau prosuder kerja yang ditetapkan oleh majikan..

  2. Memang seronok dapat jumpa member lama . Lagi 2 ygm paling kamcing dengan kita masa zaman muda 2 dulu . Memori lama jangan ditinggalkan tetapi indah utk dikenang .

Leave a Reply

Top