You are here
Home > Bila bro Framestone Berkata-kata > Kunci Tiada, Terpaksa Bermalam Di Tangga Apartment

17,421,387 total views, 3,208 views today

Kunci Tiada, Terpaksa Bermalam Di Tangga Apartment

Malang menimpa-nimpa kepada bro malam tadi.

Selepas handphone rosak, bro pula tidak boleh nak masuk rumah.

Sebab kunci tertinggal.

Budak rumah pula tiada, mereka keluar beramai-ramai. Nak call, handphone pula tiada.

Selamat ada bawa Galaxy Tab 10.1  dan budak rumah terlupa nak tutup WiFi, boleh juga tweet tanya dorang ke mana.

Dan jawapan yang bro terima agak tak best.

Dorang cakap awal pagi baru balik. Tak kan la nak turun bawa dan tidur dalam kereta. Sure tak sedar dorang dah balik ke belum. Pagi-pagi ketuk pintu pun belum tentu dorang sedar, jenis semua bangun kul 9 – 10 pagi punya.

Maka terpaksa tidur di tangga apartment bro sambil menunggu dorang pulang.

Ini rupanya kunci rumah bro yang berjasa kepada bro sejak tahun 2005.

Bro la orang paling lama duduk di rumah ini. Dan inilah satu-satunya kunci yang dorang boleh duplicate, sebab kunci dorang kalau duplicate belum tentu boleh buka pintu rumah dengan mudah.

Bicara Bro : Moga dipermudahkan buat bro.

Tekanan darah bro masih lagi tinggi sejak malam tadi. Nie pun masih rasa nak muntah, pitam, migrain semua ada.

Hope terkawal. Risau kena tahan wad je.

Ok, mahu rest hari ini, dan inginkan orang yang mampu buat bro tersenyum hari ini.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

27 thoughts on “Kunci Tiada, Terpaksa Bermalam Di Tangga Apartment

  1. aik, kenapa tekanan darah bro naik?

    perghh masalh besar klu tinggal or xde kunci.. huhu aku slalu tunggu depan umah sbb tgl kunci..haha

  2. Masalah kalau rumah terkunci macam mana hendak masuk. Kalau hendak terkucil mahu ada barang yang tercicir. Kurangkan makan kambing pantang lepa nampak kambing hendak makan. Kalau sudah sakit siapa hendak tengokkan. Kalau ada isteri lainlah.

  3. sabar.. dugaan tue untuk mematangkan kita.. kalau itu bukan jodohnya atau bukan rezeki kita sebabnya kita akan dapat yg lebih baik.. walau ayat klishe tapi itula kenyataan..

  4. Bro, Selamat beristirehat..

    Kesian dekat Bro..

    Banyak betul masalah yang bro sedang hadapi sekarang ni..

    Itu tandanya Bro memerlukan seseorang dalam hidup Bro.. Yang boleh menjaga dan mengingati Bro sepanjang masa..

    hehehe..

  5. alal kesiannya… tertinggal kunci pula. entah apa yang difikirkan di kepala tu. makin tak terurus nampaknya. cepat2 la kawin.

    p/s: banyakkan rehat… bahaya kalau temperature darah naik… take care..

Leave a Reply

Top