Air Terjun Lata Berembun yang terletak di perkampungan Sungai Klau Pahang Darul Makmur.
Ianya mengambil masa 2 1/2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur, dimana satu-satunya jalan ke sana anda perlu melalui ladang kelapa sawit dan dusun durian.
Sebelum anda sampai ke Lata Berembun, anda terpaksa menaiki 4x4WD.
Disitu baru anda merasai cabaran ke lokasi air terjun ini.
Sebelum memulakan perjalanan,
Kami diberi taklimat oleh pemandu pelancong bagi langkah-langkah keselamatan dan juga untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini daripada terjadi kepada kami.
Jangan tanya kenapa kami perlu pakai jaket keselamatan itu. Sedangkan dalam perjalanan bukan kena berenang ke atau redah sungai yang dalam.
Kalau korang dah try naik kenderaan 4×4 ini. Baru korang tahu bertapa pentingnya jaket keselamatan ini.
Amboi sempat lagi buat tanda peace ek.
Dengar cerita tengah cuak time nie. Cuak dengar orang belakang menjerit tak berhenti-henti ek. Siapa la tue kan (dalam kepala otak dah tahu dah siapa tue)
Jarak perjalanan hanyalah 10km sahaja.
Tetapi masa yang diperlukan lebih kurang 45 minit dari tempat berkumpul hinggalah ke lokasi yang ingin dituju.
Laluan yang sempit dan menyukarkan aksi potong memotong dikalangan kami. Hanya berharapkan pada kecekapan si pemandu untuk membawa kami dengan selamat ke lokasi yang ingin kami tuju.
Ada beberapa lokasi yang kami terpaksa turun dan berjalan kaki akibat kenderaan tersangkut dan sukar untuk maju dengan muatan berlebihan. Takut membahayakan penumpang
Tapi awek ini memang ganas.
sanggup tak nak turun sebab nak rasa ke-extreme-an kenderaan ini melalui halangan yang sukar.
Sedangkan kenyataannya,
Terpaksa guna khidmat kenderaan dihadapan untuk menariknya. Kan dah sangkut.
Akhirnya sampai juga ke lokasi yang dituju. Sebenarnya boleh dipanggil sebagai check point.
Dari sini kami perlu berjalan kaki sambil membawa makanan dan barangan kami dalam 5-10 minit menuju ke air terjun pertama di Lata Berembum.
Terdapat 7 level air terjun di sini dimana anda memerlukan 45 minit untuk ke level 7.
Cuma level 1, 2 dan 3 sahaja dibenarkan untuk mandi. 4 yang lain tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan.
Sambil mandi, elok juga perkena durian.
Jika badan menjadi panas, terus terjun ke dalam air.
Malangnya tak banyak gambar dapat diambil. Semuanya sebab terlalu kusyuk menikmati keenakan durian dalam kedinginan suasana di sekitar air terjun.
Jika anda berminat untuk menikmati pengelaman seperti mana yang bro alami ini.
Anda boleh hubungi :-
Countryview Recreation park (Jeram Besu) Sdn Bhd
www.countryviewadventure.com
www.jerambesuresort.com
Tel : 09-323 0230 / 323 0210 Fax : 09-323 0200
Email : crpjbesu@streamyx.com
Sebelum beransur sempat lagi bro bergambar dengan tourist guide dan juga wakil dari Tourism Malaysia.
Setinggi-tinggi perhargaan buat Tourism Malaysia Pahang untuk trip kali ini.
Bicara Bro : Gila tak puas mandi.
Gila juga sebab tak dapat bawa pembantu peribadi bro. Tak pasal-pasal tak de gambar bro sepanjang menuju ke Lata Berembun.
pergh!! sempat lagi pekena durian tu!!! pergh.. terbaeekkk
Durian tue yang wajib..
Bila sudah nampak air terjun sudah tak ingat adventure ala-ala Camel Trophy dah. :-)
Malangnya dekat air terjun nie tak boleh nk cuci mata..
Erm alahai….
Satu expedisi yang menarik..
saya suka pergi mengunjungi tempat macam ni.. dapat menikmati pemandangan alam sekitar yang indah disamping kenyamanan air terjun..
Oh alangkah bestnya..
Ada rezeki apa kata kita buat trip sesama blogger ke tempat2 macam nie
Pergh. Memang syok ekspedisi mcm ni.. Abang ipar aku pun kaki 4X4 kat Kelantan nu. Selalu dapat t-shirt xpdc diaorang je, nak join tak pernah dapat lagi buat masa ni..
bestnye!
add bro dekat fb… ada banyak projek boleh invite dimasa akan datang :)
sambil menyelam minum air bro
memang best sertai xtvt gini :)
Tapi bosan, tempat terpencil & kekurangan awek yang terlibat.
Hanya dapat cuci mata dengan pemandangan yang menghijau je
wah..ekspedisi nie nampak best la bro..
Memang best, ada group pembaca blog bro dah gerak hari ini ke raub untuk rasa ekspedisi ini.
Minggu depan kena tunggu la perkongsian di blog mereka pula
seronok giler dapat bersantai dgn aktiviti lasak begini..
Memang kena dgn jiwa aku.. Ini belum jelajah lagi tanah
Afrika.. Lagi teruk woooo… hik3
Tak termampu lagi nak menuju ke Afrika.
Tunggu sampai masanya nanti :) Tapi nanti la ek
sronoknya dia……..
ada ole-ole buat su tak bro………..?
Tak terplan pula nak bawa benda keluar dari hutan nie he..23x
outdoor activity..
best!!
bro da try paragliding or water rafting kaa? tu pn best gak hehehe
mmg agak ekstrem jugak la bila redah hutan mcm ni..tapi takpe bro..pengalaman tu yg berharga kan..:D
Memang silap la bukak time gambar kat FB tengah prob ni. Tak dapat nak menatap gambar.
Dapat baca apa yang Bro tulis je.
Sakan Bro merentas hutan untuk ke air terjun tu. Mesti best!
memang best kalau dapat memandu sendiri..
perhh..memang menarik..ramai ke blogger yang pergi??