April 25, 2024

Jangka Hayat iPhone 4 Terlalu Singkat Untukku

Sejak HTC Desire S jahanam dalam gengaman bro.

Sekarang bro gunakan iPhone 4 yang dah lama bro tak gunakan.

Baru je update ke iOS terkini. Banyak pulak masalah yang bro hadapi bila menggunakan iPhone nie.

Kenkadang sms gagal dihantar, nak call orang tak dapat dan orang lain nak call bro pun tak dapat.

Nak kata line tak ok (bro pakai line celcom) line penuh je.

Kadangkala sms dah sejam dihantar baru diterima. Kadangkala dapat sms mengatakan no sekian-sekian try hubungi bro tetapi tak dapat.

Bro memang boleh bersabar,

Cuma kadangkala bro hilang juga kesabaran bila time-time emergency tak dapat nk guna tepon.

Rasa nak je buka tingkap kereta dan campak iPhone tue atas jalan bagi lori ke apa yang langgar. Tapi sayang…!!!

Kalau tanya pada kekuatan gengaman tangan bro, rasanya memang boleh jahanam iPhone nie bro gengam.

Sorry iPhone ku.

Tekanan darah kurang stabil minggu nie, mungkin bro perlu amik masa berehat. Ataupun lepak dekat hospital sehari dua he..23x

Bicara Bro : Nak angkat tepon lain, tapi masih belum jumpa yang sesuai.

Handphone yang tahan lama, boleh sms, call, facebook, twitter, instagram, buat video, GPS dan berkualiti bagus.

Rasanya dah beberapa hp jahanam dekat tangan bro tanpa baling dekat dinding atau yang seangkatan dengannya.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Jangka Hayat iPhone 4 Terlalu Singkat Untukku

  1. saya setia dgn blackberry.,setakat ni mmg xpernah ada masalah.,dulu teringin jugak nk pkai ipon last last mcm nak terus setia je dgn blackberry.,mungkin tiba msnya bro beli hencet baru.,;)

  2. Biasalah semakin canggih sesuatu teknologi, semakin tak tahan lama..

    Teringat lagi semasa menggunakan HP pertama iaitu Nokia 3310.. Bukan main tahan lagi.. Boleh guna sampai dekat 5 tahun baru jahanam..

  3. hurrrmmmmm….
    orang banyak duit….boleh la..
    kitorang yg hidup berbajet nih..
    sayang henpon wooo…
    :)

Leave a Reply to akhiyy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *