April 18, 2024

Gushcloud Malaysia : Pencarian Gush Chase Yang Berpengaruh Di Malaysia

Bro nak kongsikan kepada korang mengenai konsert Gush 2012 yang bakal berlangsung di San Francisco, Singapore dan Malaysia.

Gush 2012 merupakan anjuran Gushcloud.com yang merupakan jaringan sosial yang menghubungan anda dengan kandungan di Gushworthy dan penjenamaan.

Untuk itu, maka diadakan Gush Chase sebagai salah satu medium pertandingan diantara Singapura, Malaysia dan Australia dalam pencarian seseorang yang berpengaruh di laman sosial disetiap negara untuk membuat liputan Gush 2012 di San Francisco pada 25 Ogos 2012.

Dijangkakan 4000 orang akan hadiri konsert di Fort Mason, San Francisco dengan kehadiran artis seperti The Cab, Hellogoodbye & Mayday Parade.

Kontest ini akan berlangsung dari 4 Julai sehingga 6 Ogos.

Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang adalah:

  1. Pembelanjaan ditanggung sepenuhnya selama 4 hari 3 malam bersama seorang rakan di San Francisco (termasuk penerbangan, pengangkutan, duit poket USD 120 seorang)
  2. Membuat liputan media dan menemubual The Cab, Hellogoodbye & Mayday Parade.
  3. Akan dipaparkan di 9X – a hip and alternative TV slot di TV9.

Syarat-syarat untuk menyertainya :-

Pastikan anda berumur sekurang-kurangnya 14 tahun pada 25 Ogos 2012.

Pastikan anda juga mempunyai satu akaun sekurang-kurangnya 3 dari platform social media ini :-
– Instagram (dah ada)
– Youtube (dah lama ada dah)
– A blog (wajib ada)
– Facebook (ada ke yang tiada benda nie)
– Twitter (jangan ingat artis je wajib ada)

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman http://gush2012.com/.

Bro sendiri pun sudah ada akaun di Gushcloud untuk menyertai cabaran ini. Anda bila lagi?

Anda boleh lawati di http://www.gushcloud.com/user/broframestone

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

11 thoughts on “Gushcloud Malaysia : Pencarian Gush Chase Yang Berpengaruh Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *