April 19, 2024

Duit Habis Di Bazar Ramadhan

Duit banyak habis di bazar Ramadhan.

Kadar penggunaan lebih kurang 2-3 kali ganda dari pembelanjaan seharian sebelum menjelang bulan puasa.

Parah juga macam nie.

Tak sangka tahun nie macam susah nak jumpa juadah pada harga murah macam tahun-tahun sebelumnya.

Bro malas nak pergi bazar yang jauh dari rumah, hanya pergi ke Bazar ramadhan SS6, Kelana Jaya. Dekat sangat dari rumah, turun lift dan jalan sikit je dah sampai.

Mungkin bro ada masalah untuk spend duit berbelanja kot.

Nampak sangat dah tak boleh hidup membujang macam nie. Nak masak dekat rumah, macam susah sikit.

Bicara Bro : Ada juga kenalan yang berkongsi cerita, harga makanan di bazar Ramadhan terlalu mahal dan kurang sedap di makan. Mungkin sebab dimasak pada sebelah pagi.

Dan harga mereka lebih mahal dari yang biasa mereka jual di pasar malam (jangan ingat pembeli tak cam muka korang ek)

Diharap ada pihak yang prihatin dengan isu ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

32 thoughts on “Duit Habis Di Bazar Ramadhan

  1. Yang heran nya, ramai sungguh manusia mabuk membeli. Kat tasik permaisuri, cheras ni dah kronik sangat jam dia. dah mcm jln masjid india dah. ramai gila-gila orang.. jual nasi putih telur goreng pun boleh laku agaknya.. hahahaha

  2. ala…ciannya… kena cepat2 kawin ni… hihihih

    kena pandai berbelanja masa di bazaar ramadhan… kalau tak nanti melambak tak abis nanti… hihihi

    1. Plan nak berbelanja dalam RM5 je dekat situ, tapi selalunya terlajak sebab mahal sangat.

      Kalau ikut bro beli dekat pasar malam, lagi murah dari tue

  3. kalau nak beli kat tasik permaisuri kul 3.30ptg dah kene gi…klu pkul 5 baru nak gi alamatnya memang tak nampak gerai la jawabnya..nampak manusia jer

  4. Yang menjual pun ramai macam cendawan tumbuh selepas hujan. Berniaga hanya semasa bulan puasa.

    Bro kena kawal sikit makan tu. Macam “besar” je juadah berbuka tu.

Leave a Reply to anastasyea Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *