Bihun Goreng + 3 biji sosej pada harga RM2.
Murah sangat dan paling penting, melayu yang jual.
Sebab dekat kawasan bro banyak bangsa lain yang jual. Susah nak cari kedai yang jual murah.
Bicara Bro : Ini breakfast bro pagi ini.
Lepas makan je, sure rasa mengantuk. Mana bantal nie ek
kat mana ni bro?..courier ke Jalan Tun Razak boleh..hehehe
jauh sangat tue.. Kelana Jaya je nie…
Moga orang tu akan lebih murah rezekinya….
Harap macam tue la kan. Bukan senang nak jumpa dekat sini
Standarlah bro.. Kat tempat nurul harga lebih kurang camni jugak..
Kat tempat bro susah nak dapat harga macam nie la Nurul.
Nampak gaya kena duduk dekat tempat Nurul la nie ek.
Murah tu.. Tiba-tiba perut rasa lapar ni.. Sebab belum sarapan lagi.. huhuhu..
Pergi la sarapan…
eh dah masuk waktu lunch dah nie :)
Bagi saya sangat murah dan berbaloi,kalau dekat harus pi bfast situ hehehe…
Area Kelana Jaya.
Beli tapau bawa balik rumah makan…
murahnya.. kalau nak jumpa makanan murah macam ni, cuma ada kena jual d kantin sekolah or gerai gerai yang menjaja di luar sekolah jak.. tmpt lain da mahal sket..
Tue la.. dulu masa zaman sekolah memang heaven sesangat.
Satu hari bro habiskan RM5 untuk makan dari pagi sampai ke petang…
sedapnya… kategori murah ni…
Memang murah punya… susah nk jumpa dekat tempat bro :)
Kalau bihun diletak dengan sambal sotong bolehkan bro?
Tang tue tak pasti berapa harganya
kira murah jugak ni bro…biar murah..asal sedap..jgn harga mahal bukan main..tapi rasa mcm…ada je yg kureng..huhu~
Biar sedap + mahal asalkan ada orang belanja he..23x
ooo ni la rahsia kejayaan bro..lepas mkn tido..
Nak ikuti rahsia kejayaan bro x? Sila la buat macam mana yang bro buat huhhu
salam perkenalan, mungkin bro tak ingat dah kot kita jumpa di majlis GA KKida sabtu lepas..thanks bro sebab sudi kongsi info untuk blogger baru macam saya nie..
Insya’lah bro kenal je.. SKA nama yang unik. Tue yang teringat lagi tue.
Eh apa info yang bro kongsikan.. macam tiada je.
Ada masa jemput singgah selalu ke blog bro yang tiada apa2 nie
murah.. tak dapat dah rm2 sekarang nie
Tue la pasal..
Dekat kampung bro pun dah naik harga dah tau T-T
Breakfast yang mantop ni bro. Tapi, better kalau cari makanan yang lebih sihat.
perhh..murah nih..boleh saving..hehehe
Lagi best kalau rasanya pun sedap!