You are here
Home > Iklan > Jemputan Event > Aktiviti Berbasikal Hujung Minggu Bersama Menteri

17,436,268 total views, 123 views today

Aktiviti Berbasikal Hujung Minggu Bersama Menteri


Aktiviti berbasikal pada hujung minggu merupakan aktiviti yang menyihatkan dalam masa yang sama dapat mengisi hujung minggu kita dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Ini yang ingin dikongsikan bersama oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Dato Sri Dr. Ng Yen Yen.

Beliau telah menjemput bro untuk terlibat sama dalam program yang beliau anjurkan iaitu CC1M Sunday Bike Ride yang berlangsung di Taman Tasik raub, Pahang.

CC1M? apa itu bro?

CC1M merupakan singkatan kepada Cuti-Cuti 1 Malaysia.

Aktiviti ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat setempat dalam masa yang sama mempromosikan salah satu produk pelancongan kita iaitu aktiviti berbasikal.

Untuk CC1M Sunday Bike Ride yang berlangsung di Raub, Pahang ini. Jarak perjalanan lebih kurang 11km mengelilingi pekan Raub.

Aktiviti ini dilihat telah melibatkan masyarakat dari beberapa lapisan umur dan bangsa. Ianya juga mendapat penglibatan dari murid-murid sekolah berdekatan dan juga dari kelab berbasikal yang berminat menyertainya.

~ Wakil dari Fixie Riderz Club ~

Dari jalan besar memasuki kawasan perkampungan, pekan kecil sehingga ke jalan besar.

Ianya memberi satu kesegaran sambil menikmati kehijauan disekeliling dan juga kenyamanan udara pagi.

Aktiviti ini bukan hanya berlangsung di raub, Pahang sahaja.

Ia juga dijalankan diseluruh negara pada ahad minggu pertama setiap bulan anjuran Tourism Malaysia.


Bagi orang awam yang ingin menyertai program ini, boleh dapatkan info dari Facebook Kementerian Pelancongan Malaysia.

Terima kasih bro ucapkan kepada Tourism Malaysia Pahang kerana sudi menjemput bro menghadiri majlis seperti ini.

Krew Media yang memeriahkan Cuti Cuti 1 Malaysia (CC1M) Sunday Bike Ride @ Raub

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Aktiviti Berbasikal Hujung Minggu Bersama Menteri

    1. tercari-cari bro ek…

      Atenye bro yang amik gambar, macam mana nak amik gambar sendiri sambil berbasikal.

      Cer cite.

      Bro naik kenderaan Media untuk amik gambar, tak kayuh pun. Cuma lenguh je bila berdiri.

  1. Bagus aktiviti sebegini.. Sihat dan mengeratkan tali persaudaraan satu Malaysia..

    Menteri tak larat sampai kena tolak dgn sheriff ker? hik3.. Ok.. kalau nak basikal murah tapi berkualiti lu roger2 gua..

Leave a Reply

Top