Sebulan yang lepas.

Bro terima mesej dari seseorang yang dah lama tak menghubungi bro.

Biasalah, budak perempuan yang comel ini sekarang bz dengan business yang dia ceburi.

Apakah mimpi dia waktu memalam ini?

“Abang, boleh bagi alamat rumah tak?”, tanya beliau.

“Eh…!! Nak buat apa alamat rumah abg? Nak masuk meminang abang ke?” gurau aku.

“Tak la bang, nie irine nak pos kad jemputan kahwin dekat abang. Abang wajib datang tau ke majlis irine” ugut si budak comel kepada bro yang kurang hensem.

“Ok. ok.. Bila tarikhnya dan dekat mana? Nak masukan dalam schedule abang. Takut bertindih dengan apa-apa event kan”, balas aku tanda mengalah (malas nak bertekak dengan budak ini).

“30 Jun hari sabtu dekat Masjid Tanah, Melaka”, balas dia ringkas.

“Ok, abang akan usahakan untuk datang” aku balas dengan ayat nak jaga hati walaupun kenyataan, hati aku sedih.

Bukan sedih sebab dia nak kahwin.

Tapi sedih sebab majlis buat dekat Melaka. Tiadalah jauh mana pun melaka tue, tapi sedih sebab kena pergi sorang-sorang.

Ada tak sesiapa yang sudi temankan?

Kad jemputan yang bro terima hampir sebulan yang lalu.

Teringat lagi mimpi bro bersama irine satu ketika dahulu.

Bicara Bro : Ingat lagi pada tahun 2010, irine wish “selamat pengantin baru” buat bro. Tapi…!! Dia pula yang kahwin dulu.

Orang kata, jangan tunggu lama-lama. Banyak dugaannya dan bro akui.