Rancangan Tanah Kubur telah memasuki musim ke-4 bermula 8 jun 2012.

Dan untuk minggu ini mengisahkan seorang pemuda yang terlalu berkira dengan hartanya.

Dalam hidupnya hanya menjadikan “buat duit” sebagai prinsip hidup dia.

Duit yang dipinjamkan kepada orang lain, dikenakan riba yang tinggi. Dengan isteri sendiripun beliau berkira.

Pada suatu malam,

Rumah beliau dirompak, habis barang kemas dan wang tunainya dirompak. Akibat kejadian itu, beliau mendapat serangan jantung dan meninggal dunia.

Tubuh jenazahkan lebam-lebam. Semasa dimandikan, jenazah terjatuh dari tempat mandian jenazah. Jenazah pula kebiruan.

Semasa dikapankan, terdapat darah keluar dari lubang hidung.

Semasa jenazah ingin dikebumikan, jasadnya dilingkari akar kayu.

Beliau meninggalkan isterinya tanpa sedikit harta.