You are here
Home > Travel Blog > Solat Di Masjid Raya Al-Mashun Medan, Indonesia #AirAsia

17,410,340 total views, 1,869 views today

Solat Di Masjid Raya Al-Mashun Medan, Indonesia #AirAsia

Sepanjang bro berada di Kota Medan, Indonesia sempena Travel Blog bersama Air Asia.

Bro sempat singgah dah solat sebentar di Masjid Raya Al-Mashun Medan, Indonesia

Masjid ini yang terletak di tengah-tengah kota Medan dan usianya telah menjangkau 100 tahun (1906 – hingga kini).

Tetapi bangunan dan perbagai ornamennya masih tetap kukuh dan terpelihara.

Ianya merupakan salah satu peninggalan kerajaan Islam Melayu Deli sehingga kini masih menjadi kebanggaan umat Islam Medan dan Sumut, bahkan menjadi salah satu keunikan sejarah Islam masyarakat Melayu di Sumatera.


Gambar di ruang solat lelaki.

Dari maklumat yang bro terima, masjid ini menghimpunkan 5 jenis senibina islam yang berbeza.


Sepanjang bro berada di masjid ini.

Ada satu perasaan ketenangan dapat dirasai. Berbeza bila berada di masjid-masjid lain yang pernah bro pergi.

Mungkin keadaan didalamnya lebih memberi ketenangan kepada bro terutama bila berada di kota medan yang sesak dengan kenderaan + bunyi bising + serabut dengan duniawi di Medan.

Bicara Bro : Rasanya mahu buat travel blog ke masjid-masjid tertentu di seluruh dunia.

Diharap impian bro terlaksana πŸ™‚

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

19 thoughts on “Solat Di Masjid Raya Al-Mashun Medan, Indonesia #AirAsia

Leave a Reply

Top