Sudahkah anda menonton filem Man Sewel Datang KL?

Jika belum, apa kata anda menyewelkan diri anda sepanjang musim cuti sekolah ini dengan menonton filem ini yang telah ditayangkan di seluruh negara bermula 31 Mei 2012.

Ini merupakan filem pertama lakonan shuib tanpa diiringi kumpulan Sepah dan beliau menjadi peneraju untuk filem ini.

Shuib akui selama ini beliau sendiri tidak tahu kenapa tiada produksi yang sudi mengambil beliau berlakon kerana kesewelannya.

Tetapi kali ini,

Beliau diberi kepercayaan oleh Rahman Adam selaku pengarah merangkap penulis skrip.

Sinopsis Filem Man Sewel Datang KL

Osman/Man

Pemuda yang berperwatakan gila-gila (dengan erti katanya sewel) datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Dari dulu beliau memang berniat nak ke Kuala Lumpur akibat terpengaruh dengan cerita di TV.

Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim.

Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model.

Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu.

Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur.

Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota. Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun malangnya dia ditipu.

Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu.

Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut. Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu.

Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta. Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.

Apakah perkerjaan yang dilakukan oleh Salim dan Nadia?

Siapa pula dalang kepada siri rompakan yang berlaku disekeliling mereka?

Sama-sama kita saksikan dipawagam berhampiran anda.

Citer sini habis sini ek..!!!

Bergambar dengan Siti Sarah.

Terkejut bila dia cuit bro dari belakang dan panggil nama bro. Ingat lagi dia mengenai sesi temubual broframestone bersama Siti Sarah & Shuib.

Penampilan istimewa – Mus May