You are here
Home > Tazkirah bersama BroFramestone > Selangkah Anak Perempuan Keluar Rumah Tanpa Menutup Aurat

17,435,913 total views, 3,578 views today

Selangkah Anak Perempuan Keluar Rumah Tanpa Menutup Aurat

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat,

Maka selangkah juga ayahnya itu menghampiri pintu neraka.

Menutup aurat bukan hanya dengan memakai tudung sahaja. Tetapi menutup tubuh dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dengan hanya mendedahkan muka dan tapak tangan.

Tapi kenapa ramai yang hanya mempertikaikan tudung berbanding dengan aurat-aurat lain. Sedangkan menampakkan bentuk susuk tubuh badan sendiri juga dinamakan aurat.

Bila dibicarakan tentang rambut.

Sehelai rambut yang kelihatan, mewakili satu dosa yang akan dipikul olehnya. Ianya juga akan dikira sebagai satu dosa untuk dipikul oleh ibubapanya (sekiranya masih dibawah tanggungan ibubapanya).

Sekiranya dia sudah berkahwin,

Secara automatiknya, dosa tersebut akan dipikul oleh si suaminya.

Bagaimana pula jika dia sudah mempunyai anak?

Adakah masih sanggup menangung dosa yang dari anak-anaknya (selagi dalam tanggungan dia) sedangkan dosa sendiri terlalu banyak.

Fikir-fikirkan 🙂

Bicara Bro : Ramai yang cakap, taste bro perempuan yang bertudung seperti Heliza, Yuna etc.

Tapi sebenarnya, bro lebih suka mereka yang bertudung dengan niat menutup aurat dan tidak terlalu menarik perhatian orang lain (lelaki lain).

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

15 thoughts on “Selangkah Anak Perempuan Keluar Rumah Tanpa Menutup Aurat

  1. Betul tu bro mmg aurat bukanlah hanya mamakai tudung tapi dari segi pakaian tu..kalau pakai tudung tapi sendat sana sini sama juga kan..tapi bro apesal letak muka ija??oh tidak…hatiku telah terpaut melihat keayuanmu..habislah kalau ija baca komen Jay ni..hahaha..

Leave a Reply

Top