Baru beberapa hari lepas bro angkat Samsung Galaxy Note untuk si dia.

Dan semalam bro habiskan duit lagi.

Bro angkat Samsung Galaxy Tab 10.1 (3g + wifi) 16Gb warna putih pada harga RM 1,599 (korang rasa ini murah ke mahal?)

Kalau ikutkan bagi bro, macam tak berbaloi je habiskan duit banyak itu untuk sesuatu yang dah out to date.

Bro angkat pun bila tengok free gift yang dorang bagi berbaloi-baloi pada bro.

  1. Samsung ES80 (RM388) – memang bro nak ada sebiji kamera digital
  2. Portable Charger (RM169) – memang bro nak angkat sebiji dalam masa terdekat.
  3. Pen drive 8GB (RM39) – tak ada pun tak apa, orang dah bagi free. Amik je la.

Total nilai free gift yang dorang bagi dalam RM 577.

Bila kira betul-betul, bro macam beli Samsung Galaxy Tab 10.1 ini pada harga RM 1,022 selepas ditolak harga barangan free gift yang bro perolehi.

Bicara Bro : Kalau nak berbelanja, biar bijak.

Jangan jadi seperti bro. Lebih dari RM3k habis dalam masa beberapa hari.

Tetapi bagi bro amat berbaloi, sebabnya bro beli bukan saja-saja benda ini. Ada sebabnya bro beli semua benda ala ini.

Untuk apa? tungggguuuuuuuu…..!!!!