Apa yang anda rasa,

Kali terakhir berjumpanya adalah pertemuan terakhir dalam hidup ini.

Pada ketika itu, tidak terlintas di hati bahawa itulah pertemuan terakhir antara kau dan juga aku. Mungkin juga mereka.

Tempat ini menjadi saksi.

Saksi kau ketawa, mungkin kau menangis dalam hati (siapa yang tahu).

Bezanya, kau tak luahkan apa yang kau rasa. Kau pilih berdiam sebagai penyelesaian. Kau tutup kesedihan dengan muka yang bertopengkan senyuman palsu.

Aku tak mahu ini menjadi pertemuan terakhir buat kita.

Aku tak mahu kau menangis sambil memeluk bantal busuk kau.

Aku masih ada disisi.

Bahu aku masih teguh untuk kau sandar, untuk kau tangisi, untuk kau meluahkan segala-gala kekusutan dihati.

Tapi, jangan kau lupa pula untuk membasuh baju aku sekiranya hingus kau meleleh dan kau kesatkan pada baju aku.

Sebab aku takut,

Aku takut, ini akan jadi pertemuan terakhir diantara kita.

Tuhan lebih berkuasa dalam menentukan qada’ dan qadar yang perlu kita percaya sebagai seorang Islam.

Bicara Bro : Al-fatihah buat rakan-rakan yang pernah hadir dalam hidup ini dan pergi tanpa sebarang khabar berita.

Sesungguhnya

Tuhan lebih menyayangi anda. Moga aku dipertemukan dengan korang di akhirat kelak.

Teringat dekat seorang sahabat yang dah sebulan dok postpone balik Malaysia atas sebab kerja.

Dan juga dekat seorang sahabat yang tiba-tiba menyepi, selamat pembedahan berjalan lancar.