April 18, 2024

Pengaruh Instagram : Sampai Blogger Sanggup Beli Smart Phone

Tak sangka pengaruh bro asik berinstagram sejak sebulan yang lalu mempengaruhi kenalan dan rakan-rakan blogger bro.

Dan kesan itu semakin ketara apabila seorang kenalan blogger yang duduk di selatan tanah air bertanya kepada bro mengenai smart phone mana yang boleh menggunakan instagram.

Siap buat survey di blog lagi. Beliau plan nak angkat android.

Itupun selepas mendapat feedback yang mengalakkan dari rakan blogger di blog beliau semalam. Dan sms dari bro pada malam kemarin.

Akhirnya,

Malam tadi beliau terus membuat keputusan.

Samsung Galaxy Advance menjadi pilihan. Terbaik la kak…!!!

Bertambah ahli instagram dalam list bro.

Bicara Bro : Seronok juga berinstagram ini. Dari sini, banyak ilham bro dapat untuk menulis blog.

Kepada kak julia, udah-udah la godek tepon tue. G buat kerja he..23x

Jika anda mempunyai akaun instagram, just follow “broframestone” insya’lah bro akan follow balik.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

39 thoughts on “Pengaruh Instagram : Sampai Blogger Sanggup Beli Smart Phone

  1. Ramai orang telah memiliki akau Instagram.. Saya bila lagi? hehehe..

    Sabar dululah.. Setakat ni aktif ber facebook jer.. Akaun Tweeter yang dah berhabuk tu pun tak aktif.. Lagi pula nak buka akaun Instagram..

    P/s: Tunggu saya banyak masa untuk malayan semua benda.. ;)

    1. Bro just guna instagram untuk memudahkan perkongsian di facebook dan twitter.

      Bro dekat twitter pun jarang aktif… Tapi perlu aktif guna untuk jaga KPI.

      Hanya layan bila ada masa free (dalam trafik jem mahupun dalam toilet he..23x)

  2. adeiiiii… heheheh gambar tu masa baru belajar buat instagram kat kedai. heheheh

    pertama kali kak mia ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi balas sms kak mia malam tu. susah betul nak buat keputusan.

    kedua, sebab nak beli yang baru kerana handphone yang diguna sudah banyak kali rosak (4 kali tukar ribbon). tu pun dah lama guna sejak 2009.

    ketiga, alang-alang nak beli yang baru terus beli la yang boleh untuk fb, twitter, instagram, skype dan blog.

    keempat, terharu betul siap buat entri ni.. segannya kak mia…huhuhu

    1. mintak tokey kedai ajarkan ke..??

      pertama : selamat ada kredit time tue…

      kedua : wah wah.. hope hp nie leh bertahan lagi lama ek kak…

      ketiga : itu yang terbaik.. blog dah berwajah baru.. hp pun baru.. hope rajin update blog dekat mane2 ek kak

      keempat : best pe buat entry macam nie.. dapat gak nak bahan kak mia he..23x

  3. Hanya pengguna Smartphone Androids dan Apple sahaja boleh guna aplikasi Instagram. Jadi apabila hendak beli gajet pastikan Smartphone yang mana satu. :-)

Leave a Reply to Fatin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *