3 ilmu yang perlu dipelajari oleh orang islam iaitu memanah dan berenang seperti yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW.
Dan yang terakhir adalah menungang kuda.
Alhamdulillah,
Ketiga-tiganya sudah bro pelajari.
Tak sia-sia bro turun ke Bandung dalam memenuhi travel blog di Indonesia bersama Air Asia.
Yang menariknya,
Bro menunggangnya di sekitar ladang teh.
Rasanya tak susah untuk menunggangnya. Mudah saja untuk mengawalnya.
Cuma perlu berhati-hati.
Lokasi penungangan bro berdekatan dengan Kolam Air Panas Cimanggu.
Ianya terletak berhampiran kaki Gunung Patuha Bandung, wilayah selatan Kabupaten Bandung dengan ketinggian lebih kurang 1.100 meter dari paras laut.
Kalau nak naik kuda ini dan merentasi ladang teh, anda perlu pergi ke kolam air panas ini dulu. Kerana kuda-kuda ini sedia menanti anda di sana.
So lepas menunggang, boleh juga layan berendam dalam kolam air panas.
Ada sebab sebenarnya kenapa lepas menunggang kuda, bro terus pergi berendam dekat kolam air panas.
Cuba korang teka?
Bicara Bro : Bandung merupakan lokasi ke-2 daripada 3 lokasi untuk travel blog bro di Indonesia bersama Air Asia. Lokasinya menarik untuk bersantai dan menikmati keindahan alam dengan penerbangan 3x sehari dari Air Asia.
50 minit menunggang kuda amat menyakitkan celah kangkang bro. Aduh..!! Seksanya.
fuhhh, lama tu 50 minit.. memang la sakit, hehe
Tau xpe…
Agak sakit (sebenarnya kebas)
gambar no 2 tu macam ZOROO masa muda2 he3..
Zorro keluar memalam la…
Lagi satu zorro tak bulat macam bro :)
Orang yang biasa menunggang kuda biasanya mempunyai kekuatan otot pelvis ke bawah. Bro lepas naik kuda tidak merasa lenguh-lenguh dibahagian peha dan betis?
lenguh tiada… kebas tue ade…
kebas pada celah kangkang je.. peha terasa juga.. betis xrase pe2… ok je
pergh!! bestnya dalat tunggang kuda!!! terbaekk
dalat???ape tu boni??ngeh3.
bro rendam kaki sebab lenguh kaki tu tunggang kuda..hehehe…tapi siyes mmg best kalau dpt tunggang kuda..tapi kena hati2lah..:)
Bro rendam bukan sebab lenguh kaki :)
bro…camne nak kuda best x..susah tu nak cari pengalaman tue…
Ok la.. walaupun rasa macam tak stabil.
mesti kaki mlecet .. sbb tu rendam kaki dlm air? haha.
Salah… bukan sebab kaki melecet pun :)
Lepas nih try naik ostrich ..
:)
Tue kena turun Sungkai :)
mcm best jer tmpt tu…
Best juga…
Tempat ini ala-ala Cameron Highland.
Bestnya naik kuda.berapa bayarannya bro?
Jauh brtul bro naik kuda yer.. kat bandung tu..
rendam kaki kat air panas yg paling best..
wow..ada gaya koboi bro..
tyka dh naik kuda dengan gajah. paling takut gajah. nanti bro try naik gajah pula ye
klu lg chareeee bro kasik dia lari laju2..hehehe
salah fakta ni bro…3 ilmu yg perlu dipelajari dlm syariat islam bukan ini..
3 benda ini sukan yang sunat..bukan ilmu..
yihaaaaa..zorro :D