You are here
Home > Travel Blog > Pengalaman Menunggang Kuda Di Ladang Teh #AirAsia

17,430,001 total views, 3,845 views today

Pengalaman Menunggang Kuda Di Ladang Teh #AirAsia

Kuda Bandung Indonesia

3 ilmu yang perlu dipelajari oleh orang islam iaitu memanah dan berenang seperti yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW.

Dan yang terakhir adalah menungang kuda.

Alhamdulillah,

Ketiga-tiganya sudah bro pelajari.

Tak sia-sia bro turun ke Bandung dalam memenuhi travel blog di Indonesia bersama Air Asia.

Menunggang Kuda Di Bandung Indonesia

Yang menariknya,

Bro menunggangnya di sekitar ladang teh.

Rasanya tak susah untuk menunggangnya. Mudah saja untuk mengawalnya.

Cuma perlu berhati-hati.

Menungang Kuda di Gunung Patuha Bandung

Lokasi penungangan bro berdekatan dengan Kolam Air Panas Cimanggu.

Ianya terletak berhampiran kaki Gunung Patuha Bandung, wilayah selatan Kabupaten Bandung dengan ketinggian lebih kurang 1.100 meter dari paras laut.

Kalau nak naik kuda ini dan merentasi ladang teh, anda perlu pergi ke kolam air panas ini dulu. Kerana kuda-kuda ini sedia menanti anda di sana.

So lepas menunggang, boleh juga layan berendam dalam kolam air panas.

Kolam Air Panas Cimanggu

Ada sebab sebenarnya kenapa lepas menunggang kuda, bro terus pergi berendam dekat kolam air panas.

Cuba korang teka?

Bicara Bro : Bandung merupakan lokasi ke-2 daripada 3 lokasi untuk travel blog bro di Indonesia bersama Air Asia. Lokasinya menarik untuk bersantai dan menikmati keindahan alam dengan penerbangan 3x sehari dari Air Asia.

50 minit menunggang kuda amat menyakitkan celah kangkang bro. Aduh..!! Seksanya.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

25 thoughts on “Pengalaman Menunggang Kuda Di Ladang Teh #AirAsia

  1. Orang yang biasa menunggang kuda biasanya mempunyai kekuatan otot pelvis ke bawah. Bro lepas naik kuda tidak merasa lenguh-lenguh dibahagian peha dan betis?

  2. bro rendam kaki sebab lenguh kaki tu tunggang kuda..hehehe…tapi siyes mmg best kalau dpt tunggang kuda..tapi kena hati2lah..:)

Leave a Reply

Top