April 26, 2024

Niat Hati Mahu Kahwin Lagi

Ashraf Muslim Dan Isterinya
Kalau tanya hati,

Pasti ada yang teringin atau dah pasang niat nak kahwin lagi atau dengan erti kata lain nak tambah isteri.

Ikut pada kemampuan bukan ikut pada nafsu semata-mata.

Sedangkan orang berkahwin kerana nafsu itu lebih digalakkan. Sebab dapat mengelakkan mereka melempaskan nafsu ditempat yang salah.

Bila disebut mengenai kemampuan,

Bukan hanya pada zahir atau batin. Tetapi pada kemampuan memimpin dan mendidik.

Bukan kepada isteri-isterinya sahaja. Bahkan kepada anak-anaknya. Termasuk juga anak-anak tiri yang duduk dibawah tanggungannya. (sekiranya kahwin dengan janda ada anak).

Sebab ini akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Ingat senang ke nak jadi lelaki?

Bicara Bro : Bro tengok pakcik bro serasi je dengan 2-2 isterinya. Sentiasa sedondong dan bersama.

Tiap kali bro berjumpa dia. Pasti 2-2 isterinya ada sama.

Andaikan nanti kalau bro…… … Rasanya amat mustahil he..23x

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

31 thoughts on “Niat Hati Mahu Kahwin Lagi

  1. Bak kata pepatah melayu “kalau lu tak try, lu takkan tahu mampu ke tidak”. So persiapkanlah calon kedua dari sekarang. Jangan jadik macam gua, sampai sekarang tak tau calon yang mana satu patut gua pilih. Ramai sesangaaaaaaaatttttttt.

  2. Nak tanggung senang je tapi nak jawab kat akhirat sok tu yang susah bro. Pak Long ai 3 isteri…sebelum dapat bahagia mask jugak le…

    1. Itu la…

      Semalam masa kenduri ada juga jumpa dengan sepupu mak. Dia kahwin 4, dan salah seorangnya adalah pelakon.

      Lepas tue semua pandang bro.

      Dorang nak tahu status bro dengan seorang artis tue.

      Bro cakap, no komen :)

  3. Bro andainya ditakdirkan macam tu,terima jer lah kan,dunia dah akhir zaman,perempuan lebih ramai dari lelaki – fakta tu!

    *hanya org2 terpilih jer bro dapat 2 isteri – org yg baik macam bro ni tak terkecuali dari nya.

Leave a Reply to auc dot com Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *