April 25, 2024

Maki Hamun Perempuan, Bila Mengayat Tak Dapat

Maki Hamun Perempuan, Bila Mengayat Tak DapatRasanya ini kot budaya remaja zaman sekarang.

Nampak awek cun, comey + cute (senang cerita nampak menarik dimata mereka) terus nak ayat.

Bila mengayat tak dapat (direject) atau tak dilayan. Terus nak maki hamun cakap perempuan tue bohsia la, pelacur la dan seangkatan dengan ayat makian yang telah berada di dalam pasaran semasa.

Kalau macam nie gayanya.

Memang nampak niat nak mengorat tue disebabkan hobi, saja-saja atau ada niat yang tak baik.

Mentang-mentang awek itu berdahi licin, muka cantik, body mantap + seksi. Terus nak test power. Sekali tak dapat, terus maki hamun perempuan itu. Kenapa tak nak maki hamun diri sendiri yang tak power mengayat?

Paling teruk,

Bila family perempuan itu pun turut dicaci maki dengan berbagai cacian. Dah tak ada adab ke adik-adik sekalian?

Korang ingat kalau dapat ngorat, tak perlu ke restu mak bapak untuk berkahwin? Atau niat asalnya nak buat stok geli-geli je.

lagu Kosong dari Najwa Latif

Tertiba teringat dekat lagu Kosong dari Najwa Latif.

“Segala kata cacian, Yang telah engkau berikan, Membuatku rasa…………..

Kalau nak berkenalan biar ikhlas. Nak ngorat pun biar bersebab, kalau boleh kerana Allah swt.

Bukan bro nak ajar benda-benda yang tak baik. Cuma nak wujud/tanamkan sikap berbudi bahasa dan hormat menghormati dalam masyarakat kita.

Tapi ada juga segelintir dari kita yang tersilap.

Budi bahasa dijaga untuk mengambil kesempatan keatas kehormatan orang lain. “Ayat baik, semua benda boleh dapat”, kata dorang.

Perempuan pula, jangan mudah tersangkut dengan ayat-ayat manis lelaki yang mendekati anda dengan niat-niat yang tak betul. Kalau nak berkawan biarlah kena dengan caranya.

Kalau rasa ada rasa cinta (jatuh hati), pastikan mereka juga bersedia untuk mengahwini kamu.

Jangan 10 tahun bercinta, bila sebut pasal kahwin. Asik cakap tak bersedia je memanjang. Andartu la gamaknya. Lelaki umur 40 tahun masih ada saham lagi.

Bicara Bro : Entry ini bro tujukan kepada kenalan bro.

Dia cantik, muda dan perjalanan hidupnya masih jauh lagi. Tapi hari-hari dapat cacian dari lelaki yang beliau tak layan.

Dulu ada seorang lelaki buat muka tak puas hati dengan bro macam nak cari pasal. Dia tak sedar ke yang aku nie, abang kepada budak perempuan yang dia nak ngorat tue.

Sampai sekarang, dia tak berani nak tegur bro he..23x

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Maki Hamun Perempuan, Bila Mengayat Tak Dapat

  1. Berbuat baiklah dengan orang lain.. Insya Allah.. Segala urusan kita akan dipermudahkan oleh NYA..

    Nak mengayat awek tak susah.. Yang penting kita kena jujur pada diri kita.. Awek ni tak suka dekat orang lelaki yang suka berbohong walaupun muka nampak macho.. Macam abang ensem.. ;)

    1. sape cakap nak mengayat awek nie susah. Tapi kena fikir gak, dah dapat ayat. apa yang perlu dibuat.

      bahaya kalau ada anak dara tersangkut nie. If dah masuk umur 40an.. tak pe la juga he..23x

      Ana kahwin 3 he..23x

  2. Kalau tak dilayan jangan caci maki,kena muhasabah diri,kenapa org reject kita..yang nilah lelaki kadang2 tak paham dan buat2 tak paham.

    1. He…23x bro pernah jugak jumpa sorang lelaki tue..

      tertiba je dia benci bro dan nak cari pasal dengan bro. Sebab perempuan yang dia minat tue minat dengan bro he..23x

      Sedangkan.. bro apa pun tak tahu

  3. untunglah dapat abg yang garang mcm bro..
    erk.. hehe
    saya ada kawan mcm tu..
    bila dia kena rejek oleh perempuan tu, berabis dia memaki.. pdahal sblum tu ayat kemain manis masa nak tackle..
    tak faham dgn sesetengah lelaki ni..
    macam complicated pun ada juga..

    1. he..23x probnya sampai la nie, adik beradik bro tak berani nak bertegur dengan bro he..23x

      Nak ke ada abang macam bro nie?

      Lelaki macam tue adalah lelaki yang menghadapi masalah jiwa yang kritikal. Lelaki yang selalu solat tiada pula yang macam tue

    1. awat kena kutuk bohsia ek..??

      bro pulak, sebab tolak asrama penuh (aliran agama).. terus kena terima tawaran sekolah semuanya lelaki oleh jabatan pendidikan negeri..

      adeh… seksanya jiwa n raga

  4. masa kita darjah enam ada brader entah umur berapa ngorat kita . bila tak layan dia kata kita kat kita “fuck your mother bitch” disebabkan masa tu kita tak paham apa maksudnya kita buat tak tau la. masa dinner ngan family malam tu kita cerita kat ayah kita lepas tu malam tu jugak ayah kita ajak pi rumah brader tu dan brader tu kena lempang dengan ayah kita. HAHA..!
    walaupun masa tu tak paham apa tapi lepas tu brader2 kat kawasan umah kita dah tak berani kacau kita. err.. bapak brader tu pun lempang brader tu jugak. sekarang , brader tu dah jadik cikgu dan smpi skrg kalau kita balik kampung terserempak dgn dia , kita dan dia akan gelak sama-sama. sampai skrg kita masih kata kat brader tu padan muka dia..!
    ingat senang2 nak maki anak org..?

    1. Time tue budak lelaki tue umur berapa ek…

      Wah…!! garangnya… rasanya bro pun macam tue kot. If dok kampung leh la.. Dok bandar, lain jadinya nanti…

      sentuh sikit je dah g balai polis..

      sentuh banyak.. jumpa nanti di mahkamah

    2. if not mistaken la bro , masa tu dayah darjah enam. brader tu macam sekolah menengah la dan maybe form one atau form two cam gitu. bukan sangat tua dari dayah la. garang…?ekekekek… kira ok la dia kena lempang aje. skrg dayah dah faham , ayah dayah bukan sekadar marah abg said tu pasal kacau dayah tapi sbb maki hamun dia tu ada kena mengena jugak dengan mak ibu dayah kan..? isteri kepada ayah dayah. ermm.. lain orang lain cara handle masalah kan. entah kenapa smpi skrg pun dayah tetap rasa brader tu=abg said kena lempang adalah sangat patut=padan muka dia.. ;)

  5. manusia skrg bnyak takde adab..huh..kenapa mesti maki hamun kalau xdapat…Allah akan mengeraka dua hati utk bersatau..allah takkan gerakkan hanya satu hati sedangkan satu hati masih kaku..

Leave a Reply to Anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *