You are here
Home > Review Bersama Bro Framestone > Makan Tengahari Di Monolog Coffee, Plaza Senayan, Jakarta

17,432,391 total views, 56 views today

Makan Tengahari Di Monolog Coffee, Plaza Senayan, Jakarta

Monolog Cafe Bro Framestone
Plaza Senayan,

Merupakan salah satu lokasi persinggahan bro di Jakarta sepanjang travel bro di Indonesia bersama Air Asia.

Plaza Senayan merupakan salah satu lokasi tumpuan warga Jakarta dimana waktu siang merupakan lokasi yang sibuk dengan urusan perniagaan.

Pada waktu malam pula kawasan ini menjadi tumpuan mereka yang ingin berhibur.

Maka ini merupakan lokasi yang sesuai untuk dikunjungi anda sekiranya datang ke Kota Jakarta dimana penerbangan lebih 3x sehari dengan Air Asia.

Sekiranya anda singgah ke Plaza Senayan, jangan lupa menikmati aroma kopi di Monolog Coffee.

Monolog Cafe Plaza Senayan

Persekitarannya agak selesa bagi bro.

Tak terlalu crowded walaupun pada waktu sibuk. Terdapat 2 lokasi disediakan didalam premis iaitu lokasi merokok dan tidak merokok.

Pada meja tertentu,

Terdapat mereka yang sibuk membincangkan mengenai perniagaan bersama klient masing-masing. Di satu sudut lagi, terdapat perlancong menjamu selera bersama (sama seperti bro juga).

Ada satu meja lagi, satu keluarga berkumpul.

Monolog Cafe Wagyu Burger Steak

Bro di sini nak cuba sesuatu yang menarik, dan pelayan mengatakan kebanyakan menu di sini memang menarik.

Maka bro order Wagyu Burger Steak pada harga Rp 88,000

Daging homemake didatangkan bersama onion ring yang mampu memberi aroma memukau dibasahi dengan black paper source.

Minuman yang bro minta pula adalah Fruit Flavored Iced Tea (dengan isinya buah peach) pada harga Rp 32,000.

Sekiranya anda berminat, anda boleh datang ke premis mereka di

Monolog Coffee
Plaza Senayan CP 101 B, Palm Gate Entrance
Jl. Asia Afrika No. 8
Jakarta 10270

Phone : +6221 572 5144 fax : +6221 572 5146
twitter @monologcoffee

Bicara Bro : Sekiranya nak cari business, Plaza Senayan salah satu lokasi dalam senarai. Dan Monolog Coffee boleh dijadikan lokasi pertemuan.

Wifi disediakan.

Travel Blog Indonesia ditaja sepenuhnya oleh Air Asia.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

20 thoughts on “Makan Tengahari Di Monolog Coffee, Plaza Senayan, Jakarta

  1. Plaza senayan.. Nama yang menarik.. Seakan-akan nama Wisma Sanyan Di Sibu, Sarawak.. Monolog Coffee ni nampak classic.. Tentu menarik tempat ni.. Ala-ala tempat koboi “ngeteh” macam dalam cerita Mexico…

Leave a Reply

Top