Berblog tidak mengenal usia, jantina mahupun status ataupun pangkat dan darjat.

Sesiapa pun boleh berblog dan mempunyai blog sendiri.

Tiada yang melarang anda untuk berblog dan mempunyai blog walaupun kenkadang pelik juga bila ada blogger awek yang terpaksa private blog + facebook sebab pakwe dia yang suruh.

Nampak sangat anda sendiri tiada hak ke atas blog dan facebook anda.

Sepanjang bro berblog sejak tahun 2006 hingga sekarang, bro berkawan dengan semua blogger yang bro kenal.

Tiada jurang pun yang memisahkan kami walaupun internet kena potong dan blog kena block dekat office. Hp, twitter dan facebook tetap menemani.

Bagi bro,

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan usia walaupun pangat mereka macam adik or anak sedara. Ada juga yang seusia dengan mak ayah bro ataupun yang lebih berusia.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan jantina. Walaupun mereka memilih jantina berbeza tidak sama seperti dalam borang pendaftaran dimana hanya mention lelaki atau perempuan.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan status. Ada yang single, in relationship, bertunang, kahwin, duda, janda mahupun yang complicated (apa yang complicated pun bro tak pasti)

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan pangkat. Ada yang berjawatan CEO, jawatan besar dalam kerajaan. Ada title Dato’ atau Datin.

Bro tak kisah berkawan dengan blogger yang berlainan darjat.

Sebab dalam al-quran sendiri menyataan bahawa orang islam semuanya sama di sisi Allah swt.

Tetapi kenapa pula kita bergaduh sesama kita, kita berpuak-puak, kita berkaum-kaum?

Timbul rasa anti menganti, boikot memboikot, caci maki semasa kita. Apa yang kita dapat?

Anda boleh fikirkan sendiri.

Bicara Bro : Sepanjang bro berblog, ramai yang bro dah jumpa dan berkenalan dengan mereka.

Dari orang biasa sampai ke artis, orang politik mahupun orang besar-besar. Takat nak mengeteh ataupun lepak, tiada masalah dengan bro. Sesiapa pun boleh ajak bro.

Tetapi kenapa ada segelintir orang melabelkan Bro Framestone blogger sombong?