April 20, 2024

Lihat Jauh Nun Di Sana

lihat jauh nun disana,
tekun petani kerja,

buah padi masak kuning,
isteri kerjasama,

tolong menolong membanting padinya bercerailah tangkai jerami,

dulu padi di tumbuk indang tampi,
kini mesin jadi penganti…

Teringat lagi lagu ini semasa di darjah tiga (kalau tak salah bro). Diajar oleh arwah cikgu hisyam yang merupakan idola bro semasa kecil dulu.

Arwah dulu,

Pandai bermain alat musik, aktif bersukan, pandai mengajar, pandai mengambil hati kami dan pandai curi masa untuk tidur dalam bilik pendidikan jasmani (aka pejabat dia)

Al-fatihah buat arwah.

Bicara Bro : Bro teringat lagu ini semasa memberi caption untuk gambar si Puteri Nurfarahain (Damia) di facebook beliau.

Teringat masa kecik-kecik dulu, bro selalu perhatikan seorang gadis dari jauh setiap hari. Cuma cinta bro padanya ditolak sehingga kini.

Tapi baru-baru nie bro ada tersedak, masa mak dia tanya bila nak masuk meminang.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

18 thoughts on “Lihat Jauh Nun Di Sana

  1. teringat arwah ustaz Jay yang selalu tidur di surau.kenangan lalu bnyak yg menyeronokkan dan yang menyedihkan..:)

  2. tue mak dia dah kasi green light tue…
    ape lagi bro..

    Di tepungi lah tawar
    Hai beras kunyit di tabur
    Disiram si air mawar

    Duduk muda sejoli
    Atas pelamin berseri
    Dihias intan baiduri
    Sebagai raja sehari

    *gurau je

    1. Dia kahwin hujung tahun nie…

      Mak dia tanya bro masa raya tahun lepas.

      Memang tersedak bro dibuatnya. Tapi memang tiada jodoh, nak buat cam mane kan

Leave a Reply to akubiomed Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *