You are here
Home > Travel Blog > Kampung Daun, Bandung – Galeri Budaya Alam Rimba #AirAsia

17,449,227 total views, 1,696 views today

Kampung Daun, Bandung – Galeri Budaya Alam Rimba #AirAsia

Kampung Daun, Bandung Indonesia
Kampung Daun?

Pelik namanya, tertanya-tanya bro didalam hati.

Inilah lokasi yang dicadangkan oleh pembantu perlancong semasa bro dalam trip sempena travel blog seminggu di Indonesia bersama Air Asia.

Perjalanan lebih kurang 30 minit dari hotel yang bro menginap di Bandung.

Suasana persekitarannya yang sejuk dan nyaman dikelilingi bukit bukau yang menghijau.

Sanggup bro buka tingkap kereta sebab nak merasai kenyaman udara segar yang kebih sejuk dari aircond kereta.

Sampai disana,

Wow…!! Pokok balak ke tue…!!!

Sebab kawasan sekeliling dipenuhi dengan hutan dan pokok-pokok besar.

Air Terjun Kampung Daun, Bandung, Indonesia

Paling best bila melihat sungai yang mengalir dingin ditepi-tepi beranda yang dibuat khas untuk tetamu menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Dan sungai ini datang dari air terjun berdekatan.

Terdengar bunyi riang-riang dan unggas hutan berokestra,

Memberi satu kedamaian kepada sesiapa yang ingin beristirehat disini. Jauh dari riuh piuh kota dan dapat mengurangkan stress yg dihadapi.
Santai di Kampung Daun, Bandung, Indonesia

Terdapat juga beberapa kawasan yang disediakan khas oleh pihak pengurusan Kampung Daun sekiranya ada tetamu yang inginkan lokasi yang sesuai untuk sebarang aktiviti secara berkumpulan yang besar.
Suasana Kampung Daun, Bandung, Indonesia
Pondok-pondok beristirehat didirikan menggunakan kayu balak, pokok buluh dan atapnya menggunakan daun nipah.

Tiada paku digunakan.

Setiap pondok dan juga beranda yang disediakan kebanyakan penuh dengan pelancong walaupun pada hari biasa.

Siap ada papan tanda lagi untuk memudahkan tetamu tak tersesat.

Kalau tersesat memang penat nak patah balik, sebab laluan kebanyakan berbukit dan kena berjalan jauh sedikit.

Kadangkala terfikir juga,

Waiter Kampung Daun, Bandung, Indonesia

Bagaimana la perkerja dorang ini boleh berjalan sejauh ini berulang-alik sambil memjinjing hidangan kepada pelanggan?

Disebabkan bro hanya walk-in.

Maka bro tak dapat lokasi menarik untuk menjamu selera. Kebanyakan telah dibook awal.

Makan Tengahari di Kampung Daun

Keladi Gergasi Kampung Daun, Bandung, Indonesia

Bro makan di lokasi begini.

Bertemankan pokok keladi gergasi.

Kalau tidak bro makan di dalam pondok yang disediakan. Agak sedih la juga sebenarnya. Tetapi boleh mencuci mata he…23x

Kebanyakan hidangan yang disediakan disini agak segar dan lebih diutamakan kepada yang ulam-ulaman

Menu yang bro order pula adalah :-

Dwi-Warna Kampung Daun, Bandung, Indonesia
Dwi Warna – Rp 31,500

Nasi Timbel Bakar Kampung Daun, Bandung, Indonesia
Nasi Timbel Bakar Kampung Daun – Rp 50,000

Jemput makan ek kenkawan 🙂

Nikmat menikmati hidangan ini panas-panas dalam kedinginan rimba. Sambil cuci-cuci mata he..23x Hijau je pemandangannya.

Jika anda nak datang ke sini, bro lebih galakkan anda membuat tempahan bagi memberi keselesaan kepada anda semua.

Kampung Daun,
Culture Gallery & Cafe
Jl. Sersan Bajuri KM 4,
7 Triniti Villaas, Bandung 40154

Phone : 022-278 7915 Fax : 022-278 7881
email : kdaun@kampungdaun.net

www.kampungdaun.net

Travelog Blogger Air Asia Kampung Daun, Bandung, Indonesia
Bicara Bro : 2 jam bro habiskan masa di sini.

Walaupun berada di atas kawasan pergunungan + hutan rimba, wifi tetap disediakan.

Bro Framestone
Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 7 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)
http://www.hyebro.com/

22 thoughts on “Kampung Daun, Bandung – Galeri Budaya Alam Rimba #AirAsia

  1. Tempat yang sesuai untuk beristirehat.. Bagi menenangkan fikiran..

    Saya suka pergi tempat macam ni..

    Boleh tengok pemandangan semulajadi yang menghijau, mendengar aliran air terjun dan menikmati udara yang nyaman..

    Saya dapat gambarkan persaan bro semasa berada di sana.. 😉

  2. Apa gambor nasi tuh tak tunjuk dekat dan terang.. baru
    syiok wooo nak pergi.. Nampak memang best tempat begini..
    sejuk + relaxing.. sesuai utk berehat..

  3. Huh! Menyampah bila link2 FB nih. Balik rumah baru boleh tengok tapi bila nak log in fb keyword u tak leh guna pulak bila tekan terus nai warning apa tah. Rasa nak hempok netbook tuh!

    Rindunya makan2 sambil lepak2 kat kampung daun…kalau makanna tak kena dengan tekak pun still boleh berpuas hati dengan kenyamanan suasananya.

Leave a Reply

Top